[VIDEO] “Menitik Air Mata, Sayu Hati Dengar” – Nyanyian Anak Syurga Ini Undang Sebak

Tidak sempurna fizikal tidak bermakna jiwa dan emosinya juga tidak sempurna. Begitulah ibaratnya apabila tular di laman sosial dengan nyanyian seorang kanak-kanak kurang upaya dengan tontonan lebih dari 25,000.

Mendengarkan suaranya cukup sayu. Menyanyi pula lagu yang lirik dan melodinya sedia ada sedih mampu membuatkan hati sebak apabila mendengar nyanyianya. Nyanyian asal dari kumpulan Iklim, judul lagu Namun Ku Punya Hati adalah lagu yang cukup menghibakan.

Korang dengar sendiri nyanyian anak syurga ini di bawah:

Difahamkan anak syurga ini tinggal di Feda Air Tawar 2 dan baru berusia 7 tahun. Menurut Puteri Irdina Farisya, anak syurga ini adalah adik saudaranya. Dia membesar dengan satu buah pinggang, lelangitnya tidak bertutup sempurnya dan suaranya kurang jelas. Katanya lagi dia memang tidak sempurna fizikal tetapi Allah kurniakan minda yang cerdik.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen cukup tersentuh dengan nyanyian anak syurga ini.

“Kamu lebih sempurna…”

“Tersentuh hati mendengarnya”

“Berlinang air mata..”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber:  FB Persatuan Bangsa Johor  via HCL 

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda