[VIDEO] “Hahaha, Tau Terus Tutup Pintu” – Aksi Kelakar Kejar Mengejar Pelajar Dan Monyet Tarik Perhatian Netizen

Kebiasaannya jika rumah atau sesuatu bangunan itu dibina berhampiran semak samun dengan pokok tinggi atau hutan, pasti ada haiwan yang ‘menziarahi’ kawasan konkrit itu.

Pendek kata, haiwan yang selalu sangat datang melawat ini ialah monyet atau pun kera. Ada yang kata disebabkan kawasan kawanan mereka telah ditebang dan dimajukan. Jadi mereka keluar mencari makanan ke tempat manusia.

Sejak tiga hari lalu viral satu video antara pelajar di salah sebuah politeknik dan monyet yang datang ke bangunan kelas pelajar terbabit. Video yang telah dikongsi sebanyak lebih dari 15,000 itu telah raih tontonan sebanyak 153 kali.

Video berdurasi 55 saat itu menunjukkan seekor monyet yang bertenggek di balkoni kelas bangunan kelas. Turut kelihatan sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul dan mentertawakannya sambil salah seorang dari kumpulan pelajar itu membaling sesuatu ke arah monyet itu.

Monyet itu kemudiannya melarikan diri dan seorang pelajar mengejarnya. Nak dijadikan cerita, monyet yang melarikan diri itu mengajak seekor lagi monyet lain dan keduanya mengejar kumpulan pelajar terbabit.

Larilah kumpulan itu masuk ke dalam kelas mereka dan menutup pintu. Ha…tahu pun takut!

Korang boleh tonton aksi mereka di dalam video di bawah:

Difahamkan kejadian ini berlaku di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan video tersebut dirakamkan oleh salah seorang pensyarah di sana.

Bagaimanapun, rata-rata netizen ada yang terhibur dengan gelagat pelajar ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Boleh jadi cikgu disiplin! Tahu semua lari masuk kelas.”

Monyet ini diberi nama ‘Meon”.

“Datang balik bawa geng. Epik!”

Siap ada yang buat troll lagi.

Ada juga yang mengimbau kenangan masing-masing.

 

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber: Khatijoh via MH

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*