Teman Lelaki Kantoi Cvrang, Tak Sangka Makwe Dia Ada Kat Belakang Jer Masa Buat Video Call

Terkini tular sebuah klip video pendek berdurasi 56 saat di mana seorang gadis berjaya membongkar kecurangan teman lelaki beliau sewaktu membuat ‘video call’.

Menurut sumber, perbualan tersebut yang menggunakan bahasa Mandarin antara gadis dengan teman lelakinya itu dan gadis tersebut terlebih dahulu menyedari perbuatan teman lelakinya yang bermain kayu tiga.

Gadis tersebut telah menghubungi teman lelakinya menerusi ‘ video call’ di mana beliau pada mulanya berlagak seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.

Berdasarkan perbualan itu, gadis tersebut memberitahu yang mereka sudah 2 bulan tak berjumpa. Dalam masa sama teman lelaki itu memberitahu yang dia merindui gadis itu.

Kemudian, gadis tersebut cakap ” kalau saya datang jumpa awak, awak happy tak?’. Lalu teman lelakinya jawab, “happy..”. Gadis itu bertanya lagi, dia ada di mana dan lelaki itu menjawab, dia tengah jalan-jalan ambil angin.

Kemudian gadis itu tukar pakai ‘back’ kamera, dan teka apa berlaku? Rupanya gadis itu berada di dalam kereta di belakang teman lelakinya yang pada ketika itu bersama wanita lain.

Saat itu, lelaki itu mula menggelabah. Namun apa yang menyedihkan apabila dapat dilihat wajah gadis tersebut hancur hatinya. Matanya lantas kelihatan berkaca, seolah menahan kesedihan dan kekecewaan yang terlalu pedih.

Rata-rata netizen merasakan video tersebut adalah asli dan bukan lakonan semata-mata. Malah tindakan lelaki tersebut juga dikecam kerana berlaku curang.

Jom lihat video di bawah :

Jom baca apa komen netizen di bawah

” Nurul Jalilah Zamri Nmpk berkaca mata pompuan tuh…Bg manusia yg xpenah kena..mungkin korang leh ckp lakonan..tp mcm aku yg dh kena…mmg sayu..”

” Yuhaiza Ramlan ade pompuan yg jenis xtaw malu taw laki tu ade gf pon blasah je!same2 gatal..sebab tu blh je laki tu vc gf die..”

” Rokiah Ismail Bgi si peyondol dia x kisah pun kalo laki tu vc bini atau tunang laki tu …biar pun dia ad kt sebelah jnji dia puas hahaha..”

” Ukhti Izatul Aina Blakon..x kn tgh dating ngn org lain bleh video call lak hahah…pe pn goodjob..lakonan mantap..”

” Ramli Sadli Pd yg Belum halal baik bersikap jujur jika kita sudah berjumpa dgn yg lebih sesuai. Jgn permainkan perasaan org lain. Jujurlah walau ianya sesuatu yg menyakitkan..”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : GNews

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda