‘YB ni ketawa pun cantik…!’ – Tampil di MeleTOP, kemanisan Nurul Izzah jadi perhatian

Melihat penampilan Nurul Izzah Anwar yang penuh sopan santun, manis dan menutup aurat, tidak hairanlah kalau gaya tudungnya menjadi antara pilihan utama buat gadis-gadis bagi menyambut kedatangan Aidilfitri kali ini.

Terbaru, ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah diundang bagi menjayakan rancangan hiburan terkenal iaitu MeleTOP terbitan ASTRO pada malam tadi.

Tampil manis mengenakan busana blouse putih dan kain batik berwarna hijau mint, gaya anak kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah itu sentiasa mencuri perhatian mata yang memerhatinya.

Menerusi laman Instagram rasmi MeleTOP, beberapa keping gambar wanita berusia 37 itu telah dimuat naik serta dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Agak-agaknya apa yang lucu tu? Korang tengah tengok MeleTOP ke? ???? #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

 

Walaupun hampir mencecah ke usia 40an, namun rata-rata memuji kecantikan dan kecomelan serta aura yang dimilikinya sejak dahulu lagi.

Cun & cantiknya YB!

Ketawa pun cantik!

 

Sumber : Nurul Izzah , MeleTOP / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SL

Apa Kata Anda