Lelaki Dari Brazil Ini Berjaya Cipta Motosikal Menggunakan Air Yang Boleh Bergerak Sejauh 300 Batu Seliter.

Dia mungkin bukan seorang jurutera tetapi dia berjaya mencipta motosikal yang boleh bergerak menggunakan air. Kedengaran begitu mengagumkan bukan?

Dengan sedikit pengetahuan ditambah dengan rasa sayang pada motosikal miliknya telah mendorong seorang kakitangan awam dari Sao Paolo, Brazil, Ricardo Azevedo untuk menghasilkan sebuah ciptaan yang cukup mengagumkan.

Ketika orang lain menggunakan gas atau minyak untuk menggerakkan kenderaan mereka, Azevedo menggunakan air untuk menggerakkan motosikalnya!

YouTube

Diberi nama “Motor Power H20”, Azevedo telah mencipta ciptaan penuh inovatif ini dengan menggunakan motosikal Honda NX 200 yang dibeli pada tahun 1993.

Motosikal tersebut menggunakan bateri kereta untuk menghasilkan tenaga elektrik. Melalui proses elektrolisis, motosikal itu boleh mem1sahkan hidrogen daripada molekul air.

“Peranti ini memecah molekul air dan mengubahnya menjadi oksigen dan hidrogen. Hidrogen keluar dalam kuantiti yang lebih besar dan kemudian saya menggunakan hidrogen ini untuk menjalankan enjin motosikal,” jelas Azevedo.

YouTube

Azevedo percaya bahawa ciptaanya itu akan membantu mengurangkan pencem4ran udara kerana ekzos motosikalnya tidak melepaskan karbon monoksida tetapi hanya melepaskan wap air.

“Kelebihan motosikal ini ialah ia berfungsi dengan hidrogen yang berasal dari air dan hasil yang dikeluarkan dari ekzos adalah wap air,” katanya.

“Ini berbeza dengan penggunaan petrol yang menghasilkan karb0n m0noksida.”

Kata Azevedo lagi, apa sahaja jenis air boleh digunakan, sama ada air bersih, air minuman atau air  yang telah tercem4r.

YouTube

“Saya terkejut kerana air terc3mar dari Sungai Tietê berfungsi baik seperti air bersih.”

“Jadi, sekarang saya menggunakan air tercem4r sebagai bahan bakar untuk motosikal saya,” jelasnya selepas menggunakan air yang terc3mar dari sebatang sungai seperti yang ditunjukkan di dalam  sebuah video demonstrasi.

Buat masa ini, motosikalnya hanya berfungsi sebagai prototaip tetapi dia percaya bahawa ciptaannya itu boleh menjadi ‘hit’ dalam beberapa tahun akan datang.

“Saya telah menghubungi pihak penged4r dan mekan1k yang berkelayakan yang akan menjalankan ujian dan penilaian. Saya juga boleh menerangkan dan menunjukkan bagaimana sistem ini berfungsi bagi mereka yang berminat,” katanya.

Tonton video demonstrasi dari Azevedo ini:

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber : EraBaru  

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*