Ibu Kanak2 Kacukan Yang Tercantik Dunia Dedah Wajah Adiknya Selepas 1minggu Lahir

Setelah seminggu kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry, barulah bersedia untuk mendedahkan wajah sebenar di media sosial. Anak kedua ini juga merupakan adik kepada kanak-kanak yang diiktiraf bayi kacukan tercantik di dunia,

Dhuhaa Sophea yang kini berusia 3 tahun. Posting terbaru dimuat turun oleh ibunya, Siti Safuraa memperkenalkan secara rasmi adik Sophea ini yang diberi nama Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys.

Baby Amira yang dilahirkan 8 Februari lalu iaitu bersamaan pada hari Jumaat di Karolinska Universitetssjukhusef Huddinge dan berada dalam keadaan sihat sejak dari hari pertama dilahirkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, Sophea dah berjaya dapat gelaran “kakak” . Dah naik pangkat dia 🥰. . . Dapat pulak geng main masak-masak. Alhamdulillah untuk mommy kerana semuanya dipermudahkan. . . Detik2 sebelum baby keluar ,( suasana dalam bilik bersalin mommy ) semua tidur dengan tenang sebelum mommy start “ menjerit lagu irama Malaysia “ 😝🤣. . . Alhamdulillah dan Salam Jumaat semua!!🥰

A post shared by ctsafuraa (@ctsafuraa) on

Sebaik muat turut posting dengan gambar Amiraa, bayi dan ibunya dihujani ucapan tahniah dari follower di laman instagram. Ramai menyampaikan salam kepada baby Amiraa dan juga kakaknya Sophea yang terlebih dahulu mencetus viral.

Sebelum ini kelahiran Sophea mencetus viral kerana diiktiraf sebagai bayi/kanak-anak kacukan tercantik dunia hasil cinta istikharah dua benua, antara ibunya yang berasal dari Terengganu, Malaysia dan bapanya yang merupakan warga Russia. Pasangan ini kini menetap di Stockholm Sweden.

Sejak kelahirannya tiga tahun lalu hingga kini, Sopheaa memang menjadi perhatian di seluruh dunia kerana mempunyai sepasang mata menawan serta senyuman manis, setiap kali di muat turut foto melalui laman instagram milik ibunya yang kini berjumlah 212K.

Jadi apakah selepas ini baby Amiraa pula yang akan menarik perhatian netizen berikutan wajah comelnya.

Sementara itu, netizen turut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua kepada pasangan ini.

ciknunhusna Alhamdulilah. Tahniah mommy n family

mie_adzmi Tahniah mendapat cahaya mata kedua, moga menjadi anak yang baik dan solehin …tahniah

nama_siti Alhamdulillah. Tahniah kak. Doakn saya n suami moga dkrniakn rezeki utk mndpat zuriat/dpat merasai moment mcm ni jgak. Aminn

Netizen juga turut membuat perbandingan wajah Amiraa dan kakaknya Sophea yang dikatakan ada iras ketika kedua-duanya masih baby.

n0turnif Macam muka sophea masa kecik laaaaaa

fatina_nadhrah Alhamdulillah cantik namanya☺Sama sangat muka dgn sophea kak

atiehudd Comelnya..mcm kakak dia jgk

junealthafunnisa Masya allah.. Secomel kak sophea..assalamualaikum baby amiraa

Tidak kurang juga yang memuji kecantikan nama yang diberikan buat si kecil ini.

salju_123 Tahniah. Cantik namanya secantik wajahnya.

juneshahrin MashaAllah.. sedap n bagus namanya mommy… Comelnya… Semoga menjadi anak yg solehah ye

izah_syazwani Amin….cantik nama nanti besar cantik mcm kakak sophea dia

fame_mohamad Alhamdulillah… So Comel n nama nya pun sedap

Bayi Kacukan Rusia-Melayu Jadi Tular, Comelnya Kalah Anak Patung

Siapa tak cair hati kalau melihat wajah bayi yang comel, putih, gebu dan bermata besar?

Rasa macam nak cubit-cubit sahaja pipinya dan disebabkan itulah bayi kacukan Rusia dan Melayu ini menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Mukanya yang persis anak patung menjadikan Dhuha Sophea Stumbrys impian kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak comel sepertinya.

Menurut sumber Majalah Hijabista, bayi tersebut adalah adalah anak kepada pasangan Siti Safuraa Hamzah,32 yang berasal dari Terengganu dan suaminya Asadyllah Stumbrys, 33.

Foto: IG Ctsafuraa

Sebelum ini, Siti Safura juga pernah tular apabila menceritakan detik pertemuan dengan suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang beriman dan bonus baginya kerana Asadullah juga merupakan seorang yang kacak.

Mereka bedua bertemu jodoh melalui kenalan abangnya dan selepas membuat istikharah, Safura terbuka hati untuk menerimanya sebagai suami.

Sudah hampir 3 tahun melayari bahtera rumah tangga, Dhuhaa yang kini berusia 9 bulan menjadi penyeri buat mereka.

Tak jemu rasanya memandang kecomelan bayi perempuan ini kan? Semoga menjadi anak yang solehah kelak.

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SITI SAFURAA

sumber : hijabista

 

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*