Gigih Belajar Walau Hidap 3 Kans3r, Akhirnya “Mata Ain Ditutup Oleh Ayah, Kain Kap4n Diikat Rapi”

PETALING JAYA: Kisah kegigihan seorang gadis yang tidak jemu-jemu berusaha demi menjejakkan kaki ke menara gading ketika menderita sakit kans3r begitu menyentuh hati netizen.

Lebih memilukan apabila gadis tersebut, Nur Ain Jannah Mohamad Zakir yang juga penuntut Sarjana Muda Sastera (Geografi) di Universiti Malaya (UM) meningg4l dunia akibat kans3r paru-paru pada 26 November lalu.

Posting mengenai kegigihan Nur Ain Jannah atau lebih mesra disapa Ain dikongsi Pengetua Kolej Kediaman Kelapan Universiti Malaya (UM), Mirza Hilmi Abu Bakar di laman Facebooknya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa sakit bukan penghalang untuk menimba ilmu.

“Coretan ini saya nukilkan atas amanah yang saya terima dari ayah arw4h Ain. Ayah Ain mohon saya menulis kisah Ain agar ia menjadi pendorong semangat khusus buat rakan-rakannya di Jabatan Geografi UM, dan amnya untuk semua,” katanya yang menziarahi keluarga Ain pada 29 November lalu.

Menurut Mirza Hilmi, dia dimaklumkan oleh kedua ibu bapa Ain bahawa anak tunggal mereka itu menghidap kans3r usus semasa di sekolah menengah.

“Ayah dan ibu Ain menceritakan apa yang Ain telah lalui. Kehidupan keluarga ini mula berubah semasa Ain di sekolah menengah.

“Ain mula tidak dapat makan dan minum. Perut Ain mula membesar. Setelah melalui beberapa prosedur, Ain telah didiagnos menghidap kans3r usus.

“Sebahagian usus Ain telah dibuang dan dia melalui rawatan kemoterapi. Namun Ain tetap ke sekolah,” katanya.

Posting Mizra Hilmi menjadi tular di media sosial.

Mirza Hilmi berkata pembedahan di bahagian usus dilakukan sekali lagi kerana parut di bahagian yang dibedah melekat dan usus tersumbat.

Namun katanya, semangat Ain untuk terus belajar tidak pernah pudar.

Tambahnya lagi, semasa di Tingkatan Lima pula, perut Ain sekali lagi membesar dan dia disahkan menghidap kans3r rahim menyebabkan dia tidak dapat fokus pada pelajarannya.

“Sekali lagi Ain melalui prosedur kemoterapi dan pembedahan. Ain tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk Sijil Pelajaran Malaysia namun tetap mahu menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ” katanya.

Hanya sempat belajar seketika sebelum kembali sakit

Ain berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan membolehkannya menerima tawaran ke UM dalam bidang Geografi.

“Ayahnya berat untuk melepaskan Ain tetapi Ain merayu kerana melanjutkan pelajaran di UM.

“Hanya selepas sebulan melalui kehidupan sebagai mahasiswi, Ain terpaksa pulang ke pangkuan keluarganya dan disahkan menghidap kans3r paru-paru.

“Dia mengalami batuk yang teruk dan sukar untuk bernafas. Setelah melalui beberapa prosedur, Ain sekali lagi disahkan menghidap kans3r paru-paru.

“Sebahagian besar paru-paru Ain di bahagian kanan telah diserang kans3r. Hanya bahagian sebesar 50 sen sahaja yang tinggal.

“Dia juga tidak dapat melalui rawatan kemoterapi kerana keadaannya yang kurang sihat,” katanya.

Malahan, kata Mirza Hilmi lagi, ketika itu, Ain tidak dapat baring hampir dua bulan kerana mengalami kesukaran bernafas.

“Sepanjang tempoh itu dia hanya duduk beralaskan papan para yang dibuat khas ayahnya sebagai tempat berpaut tangan.

“Itulah posisi paling selesa untuk Ain selama hampir dua bulan,” katanya.

Antara komen netizen yang tidak putus-putus mendoakan arw4h Nur Ain Jannah.

Semasa kunjungan ke kediaman ibu bapa Ain di Kuantan, Pahang pada 29 November lalu, Mirza Hilmi berkata kedua ibu bapa gadis itu masih sukar menerima pemergian anak kesayangan mereka itu.

“Ini kerana tatkala ajal datang menjemput Ain, mereka berdua berada di Hospital Kuala Lumpur kerana ibu Ain perlu menerima rawatan radioterapi akibat kans3r payudara.

“Perasaan hiba yang dilalui ibu dan ayah Ain hanya Allah yang maha mengetahui. Ketika mereka tiba di rumah, jenaz4h telah diuruskan dengan sempurna.

“Hanya mata Ain masih belum tertutup rapat. Ayah yang selama ini menguruskan Ain menyempurnakan segalanya. Mata Ain ditutup oleh ayah, dan kain kapan diikat rapi,” katanya.

Pada masa sama, Mirza Helmi turut mengimbau kembali kata-kata meruntun hati ibu Ain.

“Ustaz, sampai hari ini saya masih tidak percaya anak saya dah tak ada. Setiap kali saya ke pusara Ain, hati saya kuat meminta untuk digalikan semula kubur supaya dapat saya sahkan sekali lagi Ain benar-benar dah tak ada,” katanya menceritakan perbualan dengan ibu Ain.

Sebak dengan kata-kata tersebut, Mirza Hilmi memberitahu ibu Ain agar redha atas ketentuan-Nya.

“Akak, Ain sedang tunggu ibu dan ayahnya di tempat yang istimewa di sana. Cuma perkara pertama yang akak kena buat supaya dapat bersama-sama dengan Ain… akak kena redha atas ketentuanNya.

“Banyakkan sedekah atas nama Ain. Insya-Allah akak, Allah tak akan sia-siakan hambanya yang bertakwa,” katanya.

Beliau berkata pemergian Ain bukan sahaja dirasai ibu bapanya tetapi menjadi kehilangan besar buat guru dan rakan sekolahnya.

“Ain merupakan inspirasi besar buat mereka serta jiran tetangga. Para doktor dan jururawat Hospital Kuantan yang selama ini merawat Ain turut hadir memberi penghormatan terakhir.

“Ain telah pergi buat selama-lamanya. Semangat untuk teruskan kehidupan dan mendakap kejayaan membuatkan mereka sebak dan menitiskan air mata,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : mStar

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*