‘Fenomena Salji Hitam Di Siberia’- Penduduk Sangat Bimbang.

Musim sejuk seringkali dikaitkan dengan salji dan suhu yang membeku mencecah bawah sifar darjah Celcius. Apabila menyebut tentang salji, kita akan membayangkan warnanya yang putih bersih, butiran-butiran ais halus dan sebagainya.

Kredit: Let Grow

Namun, apakah yang akan anda perkatakan apabila melihat fenomena salji hitam berlaku di hadapan mata anda?

Di Siberia baru-baru ini, telah berlaku satu peristiwa aneh apabila salji hitam telah turun dari langit dan menutupi kawasan darat.

Kredit: voilok/Instagram

Menurut IFL Science, kejadian aneh ini dilaporkan berlaku di Kemerovo yang merupakan pusat perlombongan arang di negara berkenaan. Berdasarkan beberapa imej serta video yang menular, dapat dilihat bagaimana seluruh kawasan termasuk kereta dan bangunan telah diselaputi dengan salji hitam.

Hal ini telah menimbulkan pelbagai persoalan tentang punca mengapa fenomena ini boleh berlaku…

Untuk pengetahuan anda, kawasan sumber utama arang di Kemerovo ini telah disenaraikan salah satu tarikan menarik di Siberia. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama kawasan ini turut mengakibatkan kadar pencem4ran yang tinggi!

Khodorkovsky Center/Twitter

Selain Kemerovo, terdapat beberapa lagi bandar lain yang turut mengalami fenomena sama seperti Prokopyevsk, Kiselyovsk dan juga Leninsk. Siberian Times melaporkan bahawa punca kejadian ini mungkin disebabkan oleh industri arang di kawasan tersebut yang gagal untuk melakukan proses penapisan dengan sempurna.

Perkara ini turut disahkan oleh pengarah kilang Prokopyevskaya iaitu Anatoly Volkov yang menjelaskan bahawa sistem penapisan di kilang arangnya mula berhenti berfungsi sekali gus telah membebaskan partikel halus daripada serbuk arang ke udara.

Bagaimanapun, satu pertemuan dengan pakar alam sekitar telah dilakukan bersama timbalan gabenor Kemerovo iaitu Andrei Panov yang bertanggungjawab dalam aspek ekologi. Daripada perbincangan tersebut, disimpulkan bahawa kilang arang itu bukanlah satu-satunya punca yang mengakibatkan fenomena ini berlaku.

temirtau.city/Instagram

Malah, Andrei turut menyatakan faktor-faktor lain seperti ekzos kereta, pemanas arang dan kilang pembakaran arang berhampiran.

Sementara itu, para penduduk telah menyuarakan kebimbangan masing-masing tentang kejadian ini menerusi media sosial.

“Tiada sistem pembersihan, semua sampah, habuk dan kotoran arang bertabur di kawasan ini. Kami semua dan kanak-kanak menghidunya setiap hari. Ia adalah satu mimpi ngeri.”

Apa-apa pun, diharap agar pihak berwajib dapat sama-sama berusaha untuk melindungi penduduk daripada pencemaran arang yang sudah tentu mampu menjejaskan kesihatan pada jangka masa panjang.

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber: Unilad, Science Alert via erabaru

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*