Bayi yang berusia setahun lebih ini meniru lagak ibunya berbual di telefon. Topik yang dibualkannya pasti menggeletek hati anda!

Rachel Kaplowitz merupakan seorang ibu yang berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah syarikat yang terletak di New Jersey, Amerika Syarikat. Pada suatu hari setelah pulang ke rumah dari tempat kerjanya, Rachel telah melihat anak perempuannya yang baru berusia setahun lebih sedang berbual di telefon.

Sambil duduk di atas katil, si comel ini kedengaran seperti sedang berbual rancak dengan seseorang. Topik apa yang dibualkannya pun tiada siapa yang faham tetapi menurut Rachel, dia mengesyaki anaknya meniru perbuatannya yang selalu menghubungi pelanggan.

Lihat sahaja dari segi bahasa badan si kecil ini, kelihatan seperti seorang jurujual yang sudah berkhidmat selama puluhan tahun! Begitu profesional dan comel pada masa yang sama…

Kita semua tahu kanak-kanak belajar melalui apa yang mereka lihat. Jadi ternyata, kerana sering memerhatikan ibunya bergayut di telefon, si comel ini ingin turut sama menjadi seperti ibunya.

VIDEO:

Kecil-kecil lagi sudah bijak. Memang melucukan!

 

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SL

Apa Kata Anda