Baru Tahu 10 Selebriti Ni Beragama lslam.. Ramai Tak Sangka!

Islam telah tersebar di seluruh dunia selama beberapa ratus tahun lamanya. Oleh itu, tidak hairan jika terdapat penganut Islam yang tinggal di negara-negara di mana Islam adalah agama minoriti.

Ada di antara mereka yang dilahirkan sebagai Islam dan ada juga yang mengambil pendekatan memeluk agama selepas betul-betul mendalami kehalusan agama suci itu.

Siapa mereka yang penulis maksudkan?

#1 Zayn Malik
Foto – New York Post

Mantan One Direction, Zayn Malik dilahirkan Islam. Bapanya adalah British-Pakistani dan ibunya memeluk Islam apabila dia bertemu dengannya.

Malangnya Zayn terus dikritik di media sosial kerana gaya hidup yang bebas dan langsung tidak mengamalkan agamanya.

#2 Amal Clooney
Foto – Getty Images

Peguam hak asasi manusia dan isteri kepada aktor George Clooney berasal dari latar belakang Islam dan menurut laporan dia masih lagi seorang muslim.

#3 Janet Jackson
Foto – People

Walaupun belum disahkan secara rasmi, dipercayai Janet Jackson telah sepenuhnya memeluk Islam. Pada tahun 2012, Janet mengahwini billionaireQatar, Wissam Al Mana, dan ramai merasakan bahawa dia memeluk agama selepas perkahwinan.

#4 French Montana
Foto – Morocco World News

Khloe Kardashian pernah menjelaskan dia dan French tidak melakukan sebarang hubungan kelamin kerana kepercayaan lelaki itu terhadap agamanya.

French menahan diri dengan menghindari alkohol dan berpuasa bagi menghormati bulan Ramadhan.

#5 Aziz Ansari
Foto – India TV News

Pelawak Aziz Ansari dilahirkan Islam dan dibesarkan oleh ibu bapanya India-Muslim. Walaubagaimanapun, dia dilaporkan tidak mengamalkan agam tersebut malah ramai melabelnya “bukan orang yang beragama.”

#6 Akon
Foto – DireTube

 

“Saya dilahirkan Islam… dan selalu ada perdebatan mengenai Islam dan muzik. Saya tidak pernah memandang aspek muzik itu sendiri, tetapi dengan niat. Walaupun anda melihat doa harian dalam Islam, kami berdoa dalam melodi.

Apabila kita mendengar bacaan doa, ia juga dilakukan dengan melodi. Jadi, tidak ada yang dapat memberitahu saya bahawa muzik adalah haram.”

#7 Mahershala Ali
Foto – NME

Pemenang Oscars ini memeluk Islam selepas melawat sebuah masjid dengan isteri dan ibunya.

“Saya seperti mempunyai tindak balas yang sangat kuat di dalam badan bila mendengar bacaan doa dan saya seakan menangis. Seminggu kemudian, saya pergi ke masjid dan memeluk Islam.”

#8 Supermodel Iman
Foto – Classic 105

Merupakan isteri kepada mendiang David Bowie dilahirkan di Somalia dan nama penuhnya ialah Iman Mohamed Abdulmajid. Walaupun berlainan agama Iman menegaskan, “Berkahwin tidak mengubah saya dari seorang Muslim menjadi seorang Kristian.”

#9 Mike Tyson
Foto – All Black Media

Pada tahun 2013, Tyson memberitahu, “Saya sangat bersyukur kerana menjadi seorang Muslim. Allah tidak memerlukan saya, tetapi saya memerlukan Allah.”

Dalam temu bual Oktober 2014, Tyson kemudian bercakap menentang pelampau Islam, “Saya sangat terkejut… Agama tidak buruk. Ia adalah manusia yang menjadikan agama buruk.”

#10 Mesut Özil
Foto – Daily Star

Seorang pemain bola sepak terkenal dunia Mesut Ozil sering dilihat berdoa sebelum perlawanan.

Özil berkata,

“Saya sentiasa melakukan itu sebelum saya keluar (di padang). Saya berdoa dan rakan sepasukan saya tahu bahawa mereka tidak boleh bercakap dengan saya semasa tempoh singkat ini.”

Penulis tersentuh dengan kisah Mahersala Ali… Moga dia terus istiqamah dan yang lain juga.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

sumber: wanista via Geng Joyah

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*