Makan Lewat Malam, Merokok Dan Tidak Cukup Tidur, Penyebab Jantung Tersumbat

Jika anda rasa penyakit jantung itu akibat dari soal pemakanan sahaja, anda silap! Bukan kerana faktor pemakanan, malah banyak faktor lain yang membuatkan jantung anda rosak dan tersumbat.

 

Pasti dikalangan kita ramai yang suka makan pada tengah-tengah malam, suka merokok dan tidur pula pada lewat malam. Ini juga antara faktor-faktor yang akan menyebabkan jantung anda tersumbat!

Inilah yang terjadi kepada jejaka tampan yang baru sahaja berumur 36 tahun, lebih senang dipanggil dengan panggilan Shahril sahaja, dia mengidap jantung tersumbat kerana terlalu biasa tidur lewat malam, gemar makan tengah-tengah malam dan tabiat merokok yang sukar ditinggalkannya dahulu memberi kesan teruk kepada jantungnya.

Dia pada mulanya mengalami sakit bahu yang agak kuat, dan menerima nasihat isterinya yang menyuruhnya pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut. Dan akhirnya dia diberitahu bahawa jantungnya sudah tersumbat.

Penyakit jantung tersumbat berpunca dari tabiat yang tidak baik

Masalah kesihatan jantung Shahril sebenarnya telah dikesan sejak setahun dahulu apabila beliau disahkan menghidap tekanan darah tinggi. Beliau merupakan perokok tegar dan pernah bekerja di restoran, dan di situlah beliau terjebak dengan tabiat merokok, malah menghisap sehingga dua bungkus rokok sehari! Dua kotak sehari itu bukan lah satu jumlah yang sedikit ya. Tambahan pula, tekanan di tempat kerja sedikitpun tidak meringankan tekanannya, disertakan pula dengan tidur lewat serta rehat yang tidak mencukupi. Keadaan ini bertambah teruk apabila beliau meninggalkan kerjanya demi memulakan perniagaan sendiri dan terpaksa bekerja sehingga lebih lewat.

“Saya sentiasa makan malam pada masa yang lewat dan tidur larut malam,” kata beliau. “Tarikh akhir pelbagai projek membuatkan saya amat sibuk, sekaligus menyebabkan tabiat buruk saya bertambah kronik. Oleh itu, saya menghisap lebih banyak rokok, dan mengambil makanan segera apabila saya tiada masa untuk menyediakan hidangan biasa.”

Biarpun doktor telah memberi amaran bahawa beliau akan jatuh sakit pada bila-bila masa melainkan beliau mengawal tekanan darah dengan ubat, Sharil tidak mengubah gaya hidupnya. Malahan, beliau tidak menuruti nasihat doktor dan berhenti mengambil ubatnya. Di samping itu, beliau turut kembali mengamalkan tabiat kehidupan lamanya – merokok serta mengambil makanan yang tinggi dalam lemak dan trans lemak.

Akhirnya, segala ini mencapai kemuncak apabila beliau dikejarkan ke hospital dengan rasa sakit di bahunya. Seandainya Shahril masih lagi menunggu, beliau tidak mungkin dapat diselamatkan. Doktor berjaya mengenal pasti bahagian yang tersumbat lantas menjalankan angioplasti bagi membantu meringankan sumbatannya. Kemudian, sebatang sten dimasukkan ke dalam jantungnya demi memulihkan serta mempertingkatkan aliran darah ke dalam jantungnya.

Bangun dengan harapan baharu

Walaupun Shahril perlu menjalani satu lagi prosedur, tatapan matanya memancarkan harapan. Beliau amat bersyukur dengan peluang kedua yang dikurniakan. Biarpun terpaksa menanggung kos rawatan, beban Shahril diringankan dengan bantuan pembiayaan Yayasan IJN bagi yuran pembedahannya. Tanpa himpitan kewangan, beliau kini mampu memberi fokus kepada pemulihan badannya serta mengambil langkah-langkah yang lebih sihat demi menjaga kesihatannya.

“Adalah penting bagi saya menilai semula gaya hidup serta tabiat saya yang mendatangkan kesudahan ini. Saya sedar bahawa saya mesti bertanggungjawab ke atas kesihatan diri serta keluarga saya. Perkara pertama yang saya lakukan adalah berhenti merokok. Selain itu, dengan garis panduan diet IJN, saya lebih menjaga pemakanan saya,” tambah beliau.

Shahril kini menjadi satu contoh terbesar buat mereka yang sangat suka merokok. Sebenarnya tabiat merokok ini bukan hanya terjadi kepada lelaki, ramai dikalangan wanita yang gemar merokok. Jika anda sayangkan nyawa anda dan sayangkan orang sekeliling anda, jaga diri sendiri dan pastikan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber: AliffChannel

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*