Khasiat Buah Durian Belanda Yang Orang Ramai Tidak Tahu

Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean, Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus.

Saya pernah mendengar petua orang tua-tua mengenai penggunaan durian belanda dalam pengubatan kanser (lebih tepat lagi kanser payu dara), walau bagaimanapun ia tidak begitu jelas dan petua ini juga tidak disebarkan dengan meluas.

Khasiatnya dalam pengubatan kanser telah dibuktikan menerusi kajian tertutup yang dinyatakan tadi kerana pengusaha farmasi tamak yang mahu mengkomersialkan tetapi mereka gagal untuk mempatentkan kerana “Di bawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.”

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Khasiat Lain dan Petua Petua seluruh dunia:

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan akar, kulit, dan daunnya untuk mengubati kencing manis.

Begitu juga suku asli Guyana membuat serbuk teh dari daun dan kulit pokoknya dijadikan tonik minuman untuk mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak dari daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan minyak zaitun untuk luaran mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti, dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut anak-anak, dan ubat cirit-birit.

Kulitnya juga dipercaya dapat mengubati penyakit jantung dan batuk, di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu, di samping menghindari ketegangan.

Video:

Sumber: Kifarahmedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : Sumber

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*