Amalkan Bunga Telang Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan

Bunga telang atau Clitoria ternatea dalam bahasa saintifiknya ibarat ramuan penting dalam menghasilkan nasi kerabu. Jika nasi yang dihidangkan menggunakan pewarna tiruan, khasiat yang terkandung dalam bunga telang tersebut tidak dapat diekstrak oleh tubuh. Tambahan, warna yang dihasilkan dari bunga telang juga amat berbeza. Nasi kerabu kelihatan lebih selera jika mengunakan warna dari bunga telang berbanding pewarna tiruan

Bunga telang juga dijadikan sebagai minuman seperti sirap. Minuman yang terkenal dihasilkan dari bunga telah adalah dengan mancampurkan sedikit jus limau atau lemon bersama keratan daun pandan. Lebih enak, di isikan sedikit biji selasih. Ia berupaya menyegarkan dan menyejukkan bada. Antara khasiat dan manfaat lain bunga telang ialah:

1.Menyuburkan rambut

Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

2. Mengurangkan sakit kepala

Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.

3. Merawat ulser mulut.

Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

4. Insomnia

Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.

5.Mengubati bisul

Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut.

6.Melawaskan kencing

Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.

7.Membersihkan mata

Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.

8.Perbaiki haid wanita

Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.

9.Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

10.Pewarna makanan dan fabrik

Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)

11. Sebagai detox

Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN. Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!

12. Mengubati batuk

Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma

13. Ubati bronchitis

Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam.

14. Mencuci darah

Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah

15. Ubati sakit telinga

Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.

Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!

Sumber: FB, Nur Aida Md Zainuddin

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber: Impiana

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*