6 Fasa ‘Move On’ Setelah Putus Cinta Yang Wajib Anda Ketahui

Move on, dalam definisinya ialah satu proses di mana kita harus meninggalkan situasi; samada kekasih atau pasangan dengan keadaan yang masuk akal disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Anda seharusnya lebih bersedia menerima kenyataan semunya sudah berakhir, walaupun sudah berbulan-bulan malah bertahun-tahun berlaku perpisahan.

Proses move on ini mempunyai fasa-fasa yang perlu dilalui, termasuklah.

1. Fasa awal – perasaan bercampur

Foto ilustrasi – Unsplash/Marco Xu

Fasa di mana kejadian pasca kejadian ini secara amnya akan diisi dengan perasaan bercampur-baur antara kegawatan emosi dan yang lain. Dan mereka yang mengalami fasa ini biasanya akan mendedahkan keadaan mereka dengan mengemas kini status di Facebook dengan nada emosi dan sebagainya.

2. Fasa kedua – cuba memadam kenangan satu demi satu

Foto ilustrasi – instagram/daraxxi

Pada fasa kedua ini umumnya mereka yang telah putus dari cintanya akan melakukan pelbagai perkara yang dirasakan boleh untuk melupakan kenangan-kenangan lalu dengan memadam foto yang ada di galeri misalnya. Namun pada fasa ini kadang-kadang hati belum boleh dibohongi kerana pada dasarnya hati mereka masih mengharapkan.

3. Fasa ketiga – mencari perkara lain untuk mengalih fikiran

Foto ilustrasi – Pexels/Pixabay

Pada fasa ini ramai yang cuba untuk keluar dari rumah dengan mencari hal-hal baru dengan harapan boleh mencari hiburan dan menghibur diri sendiri dengan travelling atau mendaki gunung misalnya. Namun pada umumnya mereka juga belum dapat sepenuhnya move on dari bekas atau kenangannya.

4. Fasa keempat – cuba membuka hati anda kepada orang baru

Foto ilustrasi – Pexels/Zun Zun

Dalam fasa ini mereka telah cuba mencari orang baru yang dijangka mengisi kekosongan hati mereka biasanya mereka akan menghabiskan banyak masa dengan rakan-rakan jantina berlawanan atau dengan cuba mendekati dengan harapan melupakan dan menggantikannya.

5. Fasa kelima – menahan diri dari godaan selepas hampir berjaya move on

Foto ilustrasi – Pexels/Min An

Merupakan satu fasa penentuan dimana disini mereka merasakan putus cinta akan diuji dengan pelbagai ujian seperti contoh bekas kekasih yang tiba-tiba datang atau memulakan perbualan atau tergoda untuk melakukan stalking pada akaun media sosialnya, di mana jika perkara ini dibiarkan akan menyebabkan suatu kegagalan dalam fasa move on anda.

6. Fasa keenam – keikhlasan yang harus benar-benar diuji ketahanannya

Foto ilustrasi – Pexels/bruce mars

Merupakan fasa terakhir apabila mereka yang sudah berjaya melepasi beberapa fasa di atas. Pada fasa ini boleh digunakan sebagai tanda atas berjaya dalam proses move on yang dilalui yang biasanya ditandai dengan tindak balas biasa apabila mendengar berita tentang bekas atau pasangan. Anda boleh menerima kenyataan pahit masa lalu dengan ikhlas tanpa perlu mengatakan dan bercakap mengenai keburukan kekasih anda itu.

Diatas merupakan enam fasa yang dilalui seseorang ketika seseorang cuba untuk move on dan jika anda sedang melaluinya pastikan anda berada pada fasa yang mana. Proses move on dari hati seseorang memang memerlukan proses waktu yang tempohnya bergantung pada diri kita masing-masing dalam mengharungi perkara-perkara itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber: Sumber

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*