Ahli Parlimen Miri Mahu Usulkan Pemansuhan Status Agama Pada Kad Pengenalan, Ini Respon Adun Kuala Sentul

0
24

SHAH ALAM – Adun Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menempelak kenyataan Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng yang mencadangkan supaya memansuhkan status agama pada kad pengenalan.

Beliau turut menggesa semua ahli parlimen beragama Islam tanpa mengira parti menolak usul berkenaan jika dibawa ke Parlimen kelak.

“Biarlah kalau penganut agama lain tidak mahu agama mereka di catit pada kad pengenalan tetapi bagi orang Islam, ia dikekalkan,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan, Dr Michael Teo dari PKR menerusi Facebooknya berkata, beliau berhasrat membawa usul pemansuhan agama dan bangsa pada kad pengenalan ke Parlimen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : SinarHarian

Apa Kata Anda