[VIDEO] Lelaki Ini Dedah Bagaimana Dia Boleh Terselamat Dari Nah@s Lion Air

Seorang penumpang terselamat dari turut terlibat dalam nahas yang menimpa pesawat Lion Air JT 610 kerana tertinggal kapal terbang itu hari ini.

Sony Setiawan, sepatutnya penumpang pesawat berkenaan tertinggal pesawat kerana terlibat dalam kesesakan lalulintas di Cikampek, Jakarta.

Sony Setiawan, Pegawai pejabat perkhidmatan perbendaharaan ini juga memberitahu dia sudah mendaftar masuk tetapi sangat bersyukur kerana tidak menaiki pesawat itu.

“Saya kan rumahnya di Bandung tiap minggunya pulang, setiap senin pagi naik Lion yang 06.10. Biasa dari Bandung 11 malam biasanya terminal 1 B Jakarta sekitar jam 3 pagi, tadi pagi macet parah di Cikampek saya baru sampai Bandara 6.20 pesawat sudah terbang,” katanya ketika ditemu bual media tempatan.

Sony Setiawan memberitahu, tidak berhenti menangis setelah tiba di lapangan terbang Soekarno Hatta dan mendapat berita tentang berita nahas pesawat berkenaan.

“Saya bersyukur dan menangis, ini mungkin takdir Allah buat saya untuk memperbaiki diri. Apabila terlepas pesawat saya menempah tiket lain kerana kesesakan yang sangat teruk hari ini, katanya lagi.

Rasa tidak sedap hati dari semalam turut membuatkan dia mencetak “boarding pass” yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Dia adalah antara 20 pegawai terdiri daripada tiga pegawai Perkhidmatan Aset dan Gadaian Negara, lima pegawai Pejabat Perkhidmatan Perbendaharaan Negara serta 12 pegawai Pejabat Perkhidmatan Perbendaharaan Bangka Belitung yang sepatutnya berada dalam pesawat berkenaan.

VIDEO :

Yusuf Latif, jurucakap Lion Air berkata juruterbang pesawat malang itu melaporkan masalah teknikal sejurus berlepas, sebelum ia terputus hubungan 13 minit selepas itu.

Ujarnya lagi, krew sebuah kapal tunda turut melaporkan melihat pesawat itu terhempas.

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.

Ia kali terakhir direkodkan terbang pada ketinggian 3,650 kaki (1,113 meter) dan kelajuannya meningkat kepada 345 knot, menurut data yang dirakam laman web itu.

Tompokan minyak kelihatan di perairan Karawang dipercayai milik pesawat Lion Air.

Kedudukan terakhir pesawat itu adalah kira-kira 15 kilometer di utara pantai Indonesia, menurut rujukan Google Map mengenai kedudukan terakhir yang dilaporkan Flightradar24.

Menurut Flightradar 24, pesawat itu merupakan model Boeing 737 MAX 8.

Pesawat itu berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangkan mendarat di Bangka-Belitung pada pukul 7.20 pagi.

“Kami tidak boleh memberi sebarang komen ketika ini.

“Kami cuba mengumpul semua maklumat dan data,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Lion Air, Edward Sirait.

Dalam perkembangan terbaru, pesawat Lion Air JT-610 dikatakan sempat meminta izin untuk berpatah balik sejurus selepas berlepas

“Pesawat sempat meminta return to base sebelum akhirnya hilang dari radar,” kata Ketua Bahagian Kerjasama dan Humas Direktorat Jeneral Perhubungan Udara, Sindu Rahayu.

Bangkai pesawat Lion Air belum ditemui

PIHAK berkuasa Indonesia masih belum menemui bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang pagi ini.

Menurut Ketua Lapangan Terbang Wilayah 1 Soekarno Hatta, Bagus Sunjoyo, setakat 2 petang tadi, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan tentera, polis dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) masih gagal mengesan bangkai pesawat berkenaan yang terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628, selepas berlepas 6.20 pagi tadi dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. “Pihak berkuasa turut menggunakan pasukan penyelam, selain itu nelayan juga turut membantu pihak berkuasa mengesan pesawat berkenaan,” katanya. Beliau berkata, setakat ini beberapa serpihan dipercayai daripada pesawat itu telah ditemui, termasuk beberapa barangan peribadi milik penumpang pesawat berkenaan.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada 7.10 pagi waktu Indonesia bahagian barat.

Sementara itu Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata pihak kedutaan masih belum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa Indonesia berkenaan senarai nama penumpang pesawat berkenaan.

“Kami belum mendapat pengesahan daripada kerajaan Indonesia sekiranya terdapat warga negara asing dalam pesawat itu,” katanya.

Beliau berkata pihak kedutaan juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat lengkap senarai penumpang pesawat terbabit.

VIDEO :

>VIDEO RAKAMAN KEADAAN PESAWAT SEBELUM TERHEMPAS

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : DiariDunia

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*