Didie ‘Terpaksa Berlakon’ Cari Bukti

PELAKON popular, Didie Alias, 45, akui hampir ditipu segelintir peniaga atas talian yang cuba ‘bermain harga’ dengan produk kecantikan yang menjadikan Didie sebagai jurucakap mereka.

Pelakon dikenali dengan watak komedi itu adalah jurucakap produk kosmetik keluaran bumiputera terbabit sejak lapan bulan lalu.

“Saya mendapat tahu selepas diberitahu ejen lain yang ada pihak cuba menipu pelanggan dengan bermain harga di bawah harga pasaran yang sekali gus akan memberi masalah kepada pengusaha produk.

“Disebabkan mereka (pengusaha) juga adalah anak didik saya di dalam bisnes, saya terpaksa ‘berlakon’ berurusan dengan pihak terbabit untuk mendapatkan bukti dan kepastian,” katanya.

Didie ditemui pada majlis sidang media tergempar berkaitan isu itu, hari ini berkata, dia berjaya mendapat beberapa ejen yang menyalahguna kod QR untuk keuntungan mudah dan cepat melalui lakonan itu.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Shah Hafiz, pengasas produk, Dyana Roslan dan peguam mereka.

Katanya, pihak syarikat itu kini dalam proses menyenarai hitam ejen dan penjual produk kosmetik itu malah pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang termasuk saman.

VIDEO :

New Movie Trailer….Coming Soon 30 mac 2018????

A post shared by Official Page of Didie Alias (@ladydidiemsia) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : HarianMetro

Apa Kata Anda