[VIDEO] “Bukan Akibat Tersedak Susu” – Bayi Meningg4l Bawah Jagaan Pengasuh

Lagi kes bayi meningg4l dunia dibawah jagaan pengasuh di Taman Asuhan kanak-Kanak, Bukit Baru. Kejadian tersebut disedari guru taska kira-kira jam 11.45 pagi semalam selepas mendapati muka bayi bertukar kebiruan.

Pada mulanya, bayi tersebut dikatakan tersedak susu di rumah pengasuh. Namun, hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan Hospital Melaka mendapati tiada sebarang unsur jenayah mahupun akibat tersedak susu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bukan tersedak susu

Menurut myMetro, selepas proses bedah siasat selama kira lima jam mendapati tiada sebarang unsur jenayah mahupun akibat tersedak susu seperti yang didakwa. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata kem4tian bayi itu adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Pegawai perubatan akan meneliti rekod perubatan bayi berkenaan bagi mengenal pasti jika dia mempunyai masalah kesihatan sebelum ini.

Rakaman percakapan daripada ibu bapa bayi terbabit akan dilakukan sejurus mereka pulang dari Kelantan dan kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat di Bachok. Suasana pilu menyelubungi urusan pengebumian jenazah dan dihadiri ahli keluarga dan saudara-mara memberi penghormatan terakhir.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : OhBulan!

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*