Hikmah S4kit

NASIHAT doktor supaya tidak makan sayuran tercemar bahan kimi4 memberi inspirasi kepada suri rumah untuk mengusahakan tanaman sayuran organik di kawasan rumah sewanya di Taman Seri Maulana, di Pekan.

Siti Radhiah Razuan, 31, berkata, selepas mendapat rawatan ketumbuhan dalam perut tahun lalu, doktor mengingatkannya supaya tidak makan makanan yang terdedah dengan bahan kimia terutama membabitkan sayur segar.

Bermula daripada itu, katanya, dia berazam mengusahakan tanaman sayuran organik di perkarangan rumahnya awal tahun lalu, dengan bantuan suami Mohd Zamri Ab Rahman, 31 yang juga berminat dalam bidang pertanian.

Katanya, bermula hanya untuk kegunaan sendiri, namun kini sayuran jenis daun, ubi dan buah yang dihasilkan mendapat permintaan masyarakat setempat dan luar daerah ini.

“Sebanyak 39 jenis sayuran ditanam secara bergilir menggunakan kaedah tradisional dan bebas daripada bahan kimia, saya guna 100 peratus baja organik dihasilkan daripada najis haiwan dan sisa tanaman.

“Untuk mengawal serangga perosak seperti belalang dan ulat hijau makan daun, saya menghasilkan sejenis pembasmi serangga daripada bawang putih dan beberapa campuran lain,” katanya, di Pekan, hari ini.

Siti Radhiah yang sebelum ini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka Pahang berkata, sokongan kuat suami yang bekerja di kilang automotif di sini, menguatkan lagi semangatnya untuk terus bercucuk tanam bagi kegunaan sendiri selain untuk menambah pendapatan keluarga.

Dia yang meluangkan masa dua hingga enam jam setiap hari di kebunnya berkata, bagi memenuhi permintaan pelanggan, dia juga turut menjual anak pokok, biji benih, baja dan pembasmi serangga berharga antara RM5 hingga RM18.

“Terdapat pelanggan luar daerah ini membuat pesanan sayuran dan produk lain menggunakan media sosial, terdapat juga yang terus datang ke kebun untuk memilih sendiri sayur seperti kobis bulat, tomato, bayam, sawi, kangkung dan beberapa herba.

“Saya mampu meraih pendapatan hingga RM500 sebulan hasil jualan pelbagai jenis sayur dan produk lain, saya turut berkongsi kemahiran dengan mereka yang ingin mengusahakan pertanian bandar,” kata ibu seorang cahaya mata itu.

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber : Metro

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*