[VIDEO] “Daddy, Bolehkah Saya Beli Masa Daddy Untuk Saya Selama 60 Minit?” – Permintaan Seorang Anak Kepada Daddynya Yang Dalam Kesibukkan Kerja

Sebagai seorang bapa jangan sesekali benarkan anak anda bertanya soalan seperti ini. Sebab, pada usia anak anda ini anda akan terlepas peluang untuk menikmati masa-masa indah bersamanya. Walau sesibuk manapun, kalau boleh luangkanlah masa untuk anak anda. Layanlah mereka sebaik mungkin, jangan calarkan perasaan mereka yang sedang belajar ilmu kehidupan!!

Mari kita lihat bersama wawancara diantara ayah dan anak perempuannya dibawah.

Anak perempuan ini berdiri di sebelah ayahnya dan dengan lembut bertanyakan soalan kepada ayahnya, “Daddy, berapa banyak duit yang Daddy dapat dalam sejam?” Daddy nya yang mungkin pada masa tersebut ada masalah dengan kerjanya dan merasa sangat stress, apabila mendengarkan soalan dari anaknya itu membuatkan dia merasa sangat marah lalu mengherdiknya lalu mengarahkan anaknya masuk bilik.

Selepas beberapa ketika, Si Daddy mula berasa menyesal dengan perbuatannya sebentar tadi…

Lalu dengan segera dia menuju ke arah bilik anaknya dan dia melihat anaknya itu duduk dikatil sedang memeluk gambar ibunya sambil menangis. Dia bertanyakan anaknya itu adakan dia sedang merindukan ibunya: Anaknya mengiakan dengan mengangguk lalu si daddy pun mengeluarkan sejumlah wang yang diminta oleh anaknya itu.

Selepas menerima wang yang dihulurkan oleh daddynya itu, anaknya pergi ke tempat dimana dia menyimpan wangnya sebelum ini. Selepas seketika, si anak pun menghulurkan kembali wang kepada daddynya dan berkata “Nah Daddy ini wangnya, saya bayar untuk masa satu jam untuk daddy luangkan masa untuk saya setiap malam, dan boleh makan malam bersama saya”. Si Daddy merasa amat terharu lantas memeluk anaknya itu menarik keatas ribaannya.

VIDEO :

Cerita ini sebenarnya mengingatkan kita sebagai ibubapa walau macamana sibuk sekalipun kita dalam mencari wang dan harta, kita kena luangkan juga sedikit masa untuk keluarga dan fikirkan untuk kebaikan keluarga untuk mendapatkan lebih kasih sayang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*