Apakah Hukum Makan Daging Zirafah?

Soalan:

Mohon pandangan mengenai zirafah, adakah dibolehkan memakan dagingnya.

Jawapan:

Para ulama telah berbeza pandangan dalam menentukan hukum memakan zirafah. Imam al-Damiri  menyebutkan di dalam kitabnya ‘Hayat Al-Hayawan Al Kubra bahawa terdapat dua pandangan di dalam permasaalahan hukum memakan zirafah. Antara ulama yang mengharamkan memakan haiwan ini ialah:

1. Menurut Imam Al Nawawi (dalam kitabnya Majmu’ Syarah Muhazzab dan Imam Abu Ishak Al Syirazi di dalam kitabnya Al-Tanbith mengatakan memakan zirafah hukumnya adalah haram.

2. Bagi Al-Imam Al-Qadhi Abu Al Khattab Al-Hambali juga mengatakan HARAM memakan daging zirafah. Sebahagian ulama mengatakan zirafah adalah hasil perhubungan antara binatang yang halal dan haram di makan.

Namun, terdapat juga sesetengah ulama berpandangan harus memakan daging zirafah, antaranya:

1. Ini berdasarkan fatwa Syeikh Taqiyuddin Ibni Abi al-Dam al Hamwi dan beliau menukilkan fatwa Qadhi Hussain Al-Shafie. Al Imam Ibnu Rif’ah mengatakan bahawa pendapat ini muktabar sepertimana difatwakan juga oleh Imam Al Baghawi.

2. Imam Qadhi Hussain mengatakan, “Aku mengatakan bahawa ia halal kerana ia mirip kepada binatang yang halal dimakan iaitu unta dan lembu.”

3. Al Imam Al-Damiri bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa adalah harus untuk dimakan. Ini juga merupakan pendapat Mazhab Imam Ahmad dan Imam Malik serta Imam Abu Hanifah.

Tarjih

Setelah meneliti permasalahan ini, kami lebih cenderung mengatakan hukum memakan daging zirafah adalah harus memandangkan ia dilihat sejenis haiwan herbivor yang tidak bertaring dan juga bukan daripada spesis karnivor. Selain itu, haiwan ini juga bukannya spesis kacukan daripada haiwan-haiwan yang diharamkan memakannya seperti anjing dan babi serta tidak langsung menyerupainya. Oleh itu, haiwan ini dilihat lebih mirip kepada kumpulan lembu dan kerbau yang halal dimakan meskipun memiliki fizikal yang agak tinggi berbeza dengan haiwan yang lain.

Wallahu a’lam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber: OhMedia

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*