[VIDEO] Syafiq Kyle Mengaku Bergetar Tulang Rusuk Bila Tatap Wajah Elizabeth Tan Pakai Tudung!

Syafiq Kyle yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama rantaian terbaru untuk slot Astro Mega Drama, Senafas Rindu di samping Elizabeth Tan mengakui rasa teruja untuk menantikan apakah reaksi penonton apabila ia ditayangkan kelak.

Katanya, pengalaman berlakon di dalam drama 20 episod itu memberi suatu momen baru, apabila buat pertama kalinya, Syafiq berlakon di dalam sebuah naskhah adaptasi novel yang mengetengahkan soal cinta dan budaya dua bangsa.

“Saya mendukung watak sebagai Farish Ashman yang bercinta dengan seorang gadis berbangsa cina iaitu Viviana lakonan Elizabeth Tan. Sebelum ini saya ada bercinta dengan wanita lain tetapi beberapa tahun kemudian, jatuh hati dengan Viviana pula. Bagaimanapun, terjadi konflik sepanjang tempoh itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa nak kawan dengan #FarizAshman ? Kenapa? . Tidak lebih 20 patah perkataan..👇🏻#SenafasRindu

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

“Menarik sebab kalau yang baca novelnya akan tahu, ia mengetengahkan soal cinta dan budaya dua bangsa. Apa yang kita perlu tahu dan lakukan apabila bercinta dengan bangsa yang berbeza,” terangnya kepada MH.

Ditanya apakah pandangannya mengenai gandingan sulungnya bersama penyanyi Police Entry itu dengan lebih lanjut, bekas peserta Hero Remaja ini menambah;

“Saya tidak memilih pasangan heroin. Cuma saya lebih suka melihat kepada kesesuaian pasangan yang bakal bergandingan dengan saya. Bagi saya, Lizzy (panggilan mesra Elizabeth) seorang yang profesional dan mahu belajar. Meski pertama kali kami bekerjasama, tapi dia seorang yang boleh get along yang secara tidak langsung memudahkan proses penggambaran.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Berhasil ke cubaan Fariz nak mengorat Anne dalam library? Hahaha cuba tag kawan korang yang perangai sama macam si Fariz ni.. #senafasrindu #farizashman

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

“Cuma lepas tengok dia pakai tudung tu, saya macam terkasima sekejap. Kira bergetarlah tulang rusuk. Tapi sekejap sajalah” seloroh Syafiq yang sedia berdepan dengan spekulasi mereka bercinta apabila drama tersebut ditayangkan tidak lama lagi. 

Kongsinya, isu peminat membuat telahan hero dan heroin menerusi sesebuah naskhah drama itu sebagai pasangan yang benar-benar bercinta adalah normal dan dia tidak ada kuasa untuk menidakkan apa yang dikatakan peminat.

“Itu sudah perkara biasa. Pernah terjadi kepada saya dan pelakon lainnya juga. Ada sesetengah peminat yang berimaginasi, mahu apa yang berlaku dalam drama itu benar-benar terjadi dan dibawa hingga ke kehidupan sebenar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Betul ke ni yang dinamakan jodoh? Korang setuju dengan Fariz? #SenafasRindu @elizabethtsm

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

“Siapalah saya untuk sekat mereka dari bercakap. Selagi tidak memudaratkan, saya okay sahaja,” ujar Syafiq optimis.

Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 26 tahun itu selepas ini bakal terlibat di dalam beberapa buah drama lain, termasuk bakal beraksi di dalam sebuah filem tahun hadapan.

Ikuti temu bual ringkas berkenaan soalan trivia bersama Syafiq Kyle di FB Live MH.

VIDEO :

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber : Media Hiburan

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*