[VIDEO] “Leftenan Zana Sebuah Cerita Yang Sangat Susah..”- Janna Pernah Minta Maaf ‘Secara Peribadi’

Isu membabitkan selebriti Janna Nick bersama pengarah dan pelakon terkenal iaitu Sheila Rusly semakin hangat diperkatakan malah ramai yang mula meminta agar mereka berbaik semula.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

let them black stay black… my black panther.. #vivomalaysia #vivoXJannaNick

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Menurut sumber, Janna telah pun meminta maaf secara peribadi dengan pihak tersebut namun seandainya tidak mencukupi, dia kini memohon maaf secara terbuka pula. Bagaimanapun, jika masih tidak mencukupi, baginya jalan terakhir hanyalah dengan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Ingin hubungan kembali jernih

“Saya cuma inginkan hubungan yang keruh ini kembali jernih semula. Kalau tidak boleh rapat seperti dulu, asalkan tidak ada dendam,” ujarnya.

Bagaimanapun, Janna akui sedih apabila isu ini terjadi malah dia merasa tidak sesuai untuk dikongsi kepada orang ramai kerana mereka terlalu rapat.

Pelakon terkenal ini apabila mengulas lebih lanjut berkata permasalahan tersebut mula saat melakukan penggambaran drama yang kini trending, Leftenan Zana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

tolong bagitau Raz tu..Jangan lebih lebih… #LEFTENANZANA 9malam ni @tv3malaysia #sayangketatsendatpadat (kalau taknak kulit terbakaq macam ni..please pakai @whitefluffy.my )

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Leftenan Zana sebuah cerita yang sangat susah. Cerita yang sangat perit dan masing-masing ada tekanan. Malah selepas berlakon, hati saya pun jadi kering macam askar sebenar.

“Sampaikan bila saya masuk set drama baru, susah untuk saya jayakan babak menangis hingga terpaksa menggunakan pelbagai teknik. Itulah pertama kali dalam karier saya.”

Katanya, selesai penggambaran, apa saja dugaan dia boleh menerima malah apabila Leftenan Zana ditayangkan, Janna turut sebak dan hingga kini masih terus mempromosikan drama tersebut.

Janna juga berharap agar Sheila terbuka hati memaafkannya malah hubungan mereka juga dapat kembali pulih.

“Wah Sis Walau Dib*nci..”- Janna Nick ‘Post’ Drama Leftenan Zana, Netizen Kr1tik Sikap Pengarah?

Sejak kebelakangan ini, ada netizen mula kurang senang dengan sikap pengarah terkenal dikenali sebagai Jinggo dan Sheila Rusly apabila dikatakan memerli Janna Nick di laman Instagram.

Bagaimanapun, isu tersebut makin membuatkan netizen mula membuat pelbagai spekulasi buruk malah mengkritik sikap pengarah tersebut apatah lagi Janna pernah mempunyai hubungan yang baik bersama Sheila dan suaminya.

Terbaru menerusi Instagram milik Janna, dia tidak melepaskan peluang untuk promosikan drama bertajuk Leftenan Zana yang merupakan kerjasamanya bersama JS Pictures.

Namun, lain pula jadinya apabila Janna dipuji namun pihak Sheila pula dikritik ramai apabila Janna dikatakan masih bersikap profesional.

Janna cool jer..

 

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber : HCL

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*