[VIDEO] Vanidah Imran Hebat Bersilat, Tumpaskan 5 Orang Lelaki

Diam-diam berisi! Siapa sangka di sebalik ‘kehilangan’ pelakon terkenal, Vanidah Imran rupa-rupanya dia telah ‘bertapa’ mendalami ilmu mempertahankan diri, Silat Cekak Hanafi.

Impian Sejak Kecil

Selain bersenam, ramai yang tidak tahu bahawa bersilat juga antara gaya hidup sihat yang boleh dilakukan. Untuk itu Vanidah atau lebih mesra disapa sebagai Vee memilih untuk mendalami ilmu persilatan.

Menurutnya di Instagram, bukan sahaja kerana ingin mengamalkan hidup sihat malah ianya juga adalah impiannya sejak dahulu lagi. Apatah bapanya juga pengamal Yoga jadi secara tidak langsung kecenderungan itu telah menurun padanya sejak kecil.

Tumpaskan 5 Orang Lelaki

Segala cita-cita dan Impian pasti menjadi kenyataan dengan izinNya. Syukur Alhamdullilah. . Berilah peluang kepada diri kita untuk menjadikan impian dan cita-cita menjadi kenyataan. 'Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.' . Semasa Vee mula belajar silat Cekak Pusaka Hanafi pada thn 2016, Vee sudah menyimpan impian agar suatu hari nanti Vee dpt menyertai team persembahan yg terdiri dari antara mereka yang hebat dan terbaik. Mereka telah mewakili Malaysia Sempena Cheongju World MartialArt Masterships 2016… dan telah mengharumkan nama negara sekaligus mengharumkan nama Silat Cekak Pusaka Hanafi di persada antarabangsa dengan memenangi pingat perak pada kejuaraan dunia itu. Tahun ini, 2018, impian Vee menjadi kenyataan. Syukur Alhamdullilah. #wajadiri2018 #cekakpusakahanafi #takkenalmakatakcinta #satusuarasatuhati #rasaitudarituhan #cekakpusakasentiasadihatiku #sayabudakbarubelajar . Abah Vee adalah seorang pengamal Yoga dan pelari marathon semasa zaman mudanya (80-an). Vee didedahkan kepada yoga sejak kecil. Syukur Alhamdullilah, impian utk mengikut jejak langkahnya sebagai pelari marathon juga menjadi kenyataan. #scklm2018 #daddysgirl #dreamsdocometrue #syukur #tawakallah #sudahtertulisdiluhmahfuz

A post shared by Vanidah Imran (@vanidah_imran) on

Hebat! Itulah antara ungkapan pertama kami setelah melihat satu video persembahan silat cekak hanafi yang dipersembahkan oleh Vee kepada khalayak ramai.

Ternyata ramai peminat yang kagum dan teruja melihat kehebatan buah silat yang dipersembhakan oleh Vee.

Pelakon ini bukan sahaja memberi galakan malah turut mencetuskan inspirasi buat anak muda terutama wanita diluar sana untuk tampil sihat dan dalam masa yang sama belajar mempertahankan diri. Syabas Vee! – SL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Instagram Vanidah Imran

Apa Kata Anda