Terpengaruh Dengan Lisa Surihani, Lelaki Ini Berjaya Hilangkan 21kg Berat Badan!

 

Kalau sebelum ini ramai yang tidak tahu tentang kebaikan Intermittent Fasting, nampaknya boleh dikatakan semua sudah mula buka mata apabila tahu amalan diet Intermittent Fasting Lisa Surihani.

Pelakon cantik molek itu nampak ketara perubahannya apabila mengamalkan Intermittent Fasting dan telah menjadi viral baru-baru ini.

Di antara salah seorang pembaca artikel berkenaan diet Lisa Surihani ini, Fizz Daud tekad untuk melakukan Intermittent Fasting dengan kaedahnya sendiri.

Sehingga artikel ini ditulis, Fizz telah berjaya menurunkan berat badan lebih daripada 20 kg secara sihat.

Daripada berat badannya 90++kg turun kepada 69kg, saiz baju dahulunya XXL kini L/M! Mari kita ikuti perkongsian daripada beliau.

_________

In The Name Of Allah, The Most Beneficence, The Most Merciful.

Saya bermula dengan IF pada November 2018. Berat permulaan dalam 90kg++dengan tinggi 161cm. Target 60-65kg!

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti exercise dgn cara berjalan sahaja & kira kalori.

Kesan Sementara Saja

Semuanya berkesan. Tapi untuk sementara sahaja dah prosesnya rumit dan perlahan.

Bila saya kenal INTERMITTENT FASTING (IF) dan ada selebriti seperti Lisa Surihani yang amalkan IF, terus saya cuba amalkan.

Dan Alhamdulillah saya dapat turun kan berat badan dan size sekali gus.. menjadi 69kg.

Stop Sugar, Salt and Oils

Saya combined IF dgn konsep Eat Clean. Saya stop sugar, salt n oils. Cara ini akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

Muka korg akan lebih flawless n remaja!

Ambil Supplement

Pengambilan supplement seperti Omega3 Fish Oil membantu mengurangkan kolesterol & rahsia kepada perut flat.

Hingga kini saya juga amalkan Hot Green Tea pada waktu malam.

Cheat Day Sekali Saja Seminggu

Cheat day?? Seminggu sekali kdg2 terover jugek! Paling excited, bila org dh xkenal rupe korg yg after renovation!! Serius best!!

Terima kasih Group FB Intermittent Fasting Malaysia dan sahabat saya yang memperkenalkan IF.

Semoga sahabat semua disini terus komited untuk mencapai berat idaman masing-masing.

Misi kurus sebelum raya??? Sempat lagi nih!

 

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber : YoYNetwork

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*