Hajat Tercapai Timang Anak Perempuan, Tam Spider Luah Rasa Syukur

0
25

Semalam berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang telah selamat melahirkan bayi perempuan telah hangat diperkatakan di media sosial. Terbaru, penyanyi dan komposer Tam Spider pula dikurniakan seorang anak perempuan.

Impian Tam telah dimakbulkan apabila beliau mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. Isterinya, Aida Mustafa, 36 tahun selamat melahirkan bayi perempuan yang dilakukan secara pembedahan dan kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Terdahulu dua orang anaknya dilahirkan menggunakan kaedah pembedahan, untuk anak ketiga juga menggunakan kaedah yang sama. Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa akan berkongsi wajah dan nama anaknya selepas selesai final Mentor Otai yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Keluarga bahagia.

Tam dan Aida dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Alif, 24 tahun, Afiq, 8 tahun, Aqil, 5 tahun dan terbaru bayi perempuannya itu (belum diberi nama).  Tam bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan memahami kariernya sebagai seorang artis.[SL]

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : OhMyMedia

Apa Kata Anda