“Apa Rahsia Kebahagiaan? Be Crazy!…” – Siti Sarah Kongsi Tips Hubungan Kekal Utuh Dengan Shuib

0
18

Bila mendapat tahu penyanyi Siti Sarah menolak hampir 50 buah lagu sebelum merakamkan single baru yang berjudul Semakin ciptaan suaminya, Shuib ternyata dia menghargai usaha suami serta memilih karya yang sesuai dengan jiwanya.

Melihat kebahagian mereka bersama, penyanyi itu membuat keputusan yang tepat ketika menerima lamaran suaminya tujuh tahun lalu sehingga dikurniakan tiga orang  cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Terbaru, dia telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya berkongsi detik kebahagian bersama peminatnya di Kota A Famosa, Melaka.

“Bila orang tanya apa rahsia kebahagiaan awak? Me…… Be crazy! @shuibsepahtu,” katanya ringkas menerusi kapsyen.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Sarah adalah setiap pasangan tidak perlu berpura-pura dalam mengecapi kebahagian dan hanya perlu menjadi diri sendiri serta ‘enjoy’ dalam apa jua yang dilakukan bersama pasangan.

Gambar tersebut menarik perhatian pengikutnya untuk memberikan komen yang rata-rata sangat ‘adore’ dengan perhubungan antara suami dan isteri itu kerana jelas terpancar kebahagiaan diwajah mereka.

Comelnya diaorang ni..

Semoga hubungan kekal..

Sweet couple!

Ini kebahagian sebenar..

Romantiknya sis!

Suka tengok Sarah & Shuib..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

VIDEO :

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : OhMyMedia

Apa Kata Anda