“Semuanya Allah Yang Aturkan, Mama & Ayah Doa Semoga Kekal Ke Jannah” – Ibu Zahirah

IBU kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Maslinda Yusoff mendoakan hubungan percintaan anaknya itu dengan aktor Aiman Hakim Ridza yang hangat diperkatakan hari ini berkekalan hingga ke syurga.

Maslinda yang memuat naik foto pasangan itu turut memberitahu apa yang berlaku adalah perancangan Allah SWT.

“Semua Allah yang aturkan, mama dan ayah doakan semoga kekal hingga ke jannah. Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson,” tulisnya pada petang Isnin.

Sementara itu, bapa pelakon wanita itu iaitu aktor Zainol MacWilson belum memberi sebarang reaksi terhadap hubungan berkenaan.

Pada Isnin, pasangan pelakon ini memuat naik gambar bersama di Instagram masing-masing sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai hubungan sebenar mereka.

Lebih mencurigakan, kapsyen pada foto yang dimuat naik kedua-dua mereka yang berbaur romantik seolah-olah memberi gambaran wujud hubungan istimewa di antara mereka berdua.

“Kini sehingga selamanya, Insya-Allah,” tulis Zahirah sambil meletakkan tanda pagar #ZahirahAH iaitu gabungan nama mereka.

Dalam pada itu, Aiman menerusi laman sosialnya pula memberi perumpamaan menggunakan nombor dan nota muzik asas yang menggambarkan hubungan istimewa itu baharu sahaja bermula.

“Nombor bermula dengan 123, muzik dimulakan dengan Do Re Mi. Huruf bermula dengan A dan berakhir dengan Z.

“Faktanya hanya ada kamu dan aku,” tulisnya.

Sebelum ini Aiman pernah bercinta dengan aktres Fathia Latiff manakala Zahirah bersama Zul Ariffin.

Sebelum ini, pelakon Zahirah Macwilson, 23, telah melalui episod cinta terlerai bersama aktor, Zul Ariffin dan kemudiam dikaitkan pula menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik

Jika kebanyakan wanita lain mengambil masa untuk merawat hati yang lara, namun pelakon Tak Ada Cinta Sepertimu itu memilih untuk melupakan memori lama dan menghabiskan masa dengan kerjayanya.

Terbaru, desas-desus mengatakan gadis berusia 23 tahun itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang merupakan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Datuk Nik Izani.

Menerusi laman Instagram ahli perniagaan itu, beliau telah memuat naik beberapa keping gambar sempena hari jadinya yang ke-33 di sebuah restoran mewah di ibu kota.

Turut kelihatan pelakon tersebut yang kelihatan mesra bersama Naib Presiden kumpulan Mofaz itu untuk menemani makan malam bersama.

Hubungan Zahirah dan Nik Iruwan dapat dihidu kira-kira tiga bulan cinta bersama Zul terkubvr. Dengan selamba, mereka mempamerkan detik mesra bersama menerusi Instagram. 

Malah, Nik Iruwan turut memuatnaik beberapa gambar menunjukkan mereka menyambut ulang tahun bersama-sama di sebuah restoran mewah. 

Bagaimanapun, pelakon drama ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’ itu tampil menafikan dan menganggap Nik Iruwan itu sebagai abang dan kawan sahaja. 

“Kami tiada apa-apa hubungan. Saya hanya menganggapnya abang dan kawan. Saya tidak takut gosip hubungan dengannya kerana kami memang berkawan sahaja. Saya sebenarnya lebih suka lelaki tinggi lampai,” katanya baru-baru ini. 

Terkini, Zahirah dikatakan terpaut hati dengan aktor tinggi lampai, Aiman Hakim Ridza, bermula di laman sosial. Malah, menurut sumber, Zahirah menunjukkan sikap mengambil berat terhadap Aiman dengan menghantar makanan yang sedap-sedap kepada jejaka kacak berkenaan. 

Apabila Aiman memuatnaik gambar makanan dalam Insta Story, yang kononnya dihantar seseorang, ramai meneka tentulah Zahirah yang berbuat demikian. 

Menguatkan gosip mereka dilamun cinta apabila sumber daripada kelab peminat Zahirah seperti mengesahkan gadis manis terbabit dan Aiman sedang berkawan. 

‘Pengesahan’ itu bermula dengan insiden Aiman yang baru-baru ini dikatakan bersikap kurang ajar dan biadap terhadap seorang wartawan yang ingin menemubualnya. 

Luahan tidak puas hati terhadap pelakuan Aiman yang sombong dan bongkak itu dimuatnaik dalam laman sosial. Tanpa disangka, wartawan berkenaan mendapat mesej peribadi daripada seseorang yang mendakwa dirinya ahli kelab peminat Zahirah.

Katanya, dia berharap Aiman dapat belajar daripada Zahirah untuk bersikap lebih baik apabila berdepan dengan wartawan. 

Terima Kasih!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : IslamikInfo

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*