[VIDEO] “I Want You To Marry Again” – Raf Yaakob Cadang Naik Pelamin Seperti Fazley Atas Permintaan Anak

SUAMI kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mahu mengikut jejak abangnya iaitu Datuk Fazley untuk naik pelamin lagi sebagai memenuhi permintaan anak-anaknya.

Raf , 33, berkata pemintaan Chanela, 3, dan anak sulungnya Raden Ahmad Rayyan, 7, itu disebabkan mereka tidak menyaksikan majlis perkahwinan antara dia dan Mawar pada tahun lalu.

 

Menurut pemilik nama Raden Ahmad Faizal Yaakob ini, antara permintaan anaknya ialah lokasi majlis yang akan diadakan itu perlu mempunyai kolam renang untuk  bermandi-manda.

Anak-anak mahu Raf dan Mawar bersanding semula.

“Chanela mahu saya dan Mawar berkahwin (sanding) lagi. Jadi dia dan Rayyan boleh menghadiri majlis itu. Sebab mereka tidak dapat hadir #MawaRafReception tahun lalu.

“Dalam pemikiran dia, sudah semestinya lokasi itu perlu ada kolam renang dan dia mahu terjun,” kata Raf menerusi laman Instagram miliknya.

Chanela dan Raden ialah anak menerusi perkahwinan pertama Raf.

Raf turut memuat naik video perbualan mereka di dalam kereta menerusi laman sosialnya dan rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu.

Dalam pada itu, Raf akan menunaikan pemintaan anaknya selepas Mawar melahirkan bayi sulung mereka.

Mawar dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan.

Kemungkinan pasangan itu akan mengadakan majlis tersebut pada sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 iaitu pada 2027.

“Saya kata boleh, selepas mummy Rose melahirkan adik awak (mungkin ulang tahun perkahwinan yang ke 10),” ujarnya.

Raf berkahwin dengan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, pada 9 November tahun lalu dan bakal menimang cahaya mata pertama pada Mac tahun hadapan.

Pada Selasa lalu abang kepada Raf iaitu penyanyi Datuk fazley Yaakob melangsungkan persandingan kali kedua bersama isteri Datin atin Azrene Soraya Abdul Aziz selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga sebagai memenuhi hajat arwah ayah.

VIDEO :

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

Sumber : Instagram Raf Yaakob via mStar

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*