TERBONGKAR! Opick Ada Tiga Isteri?

RUMAH tangga penyanyi yang terkenal dengan lagu Rapuh, Opick, terus menjadi perhatian ramai.

Biarpun isteri keduanya, Wulan Mayasari sudah meninggal dunia, namun isteri pertama, Dian Rostaningrum, tetap meneruskan hasrat untuk bercerai dan kes mereka kini sedang berjalan di  Pengadilan Agama Jakarta Timur.

Image result for opick

Tidak berakhir setakat itu, Opick kini, dikhabarkan sudah memiliki tiga orang isteri dan khabar itu mula bertebaran beberapa hari selepas berita pemergian Wulan.

Berita perkahwinan kali ketiga itu diketahui umum selepas Opick diminta memberi keterangan berkaitan dakwaan itu semasa kes penceraiannya baru-baru ini.

 

Menurut beberapa sumber, wanita yang dikenali dengan nama Yulia Muhammad dikatakan seorang ahli politik yang usianya lebih muda daripada Opick.

Bagaimanapun beberapa teman Opick menidakkan khabar tersebut dan menjelaskan, Opick kini banyak menghabiskan masa dengan anak yatim dan mereka tidak pernah melihat kelibat perempuan lain bersama penyanyi itu.

5 Fakta Tentang Isteri Ke-3 Opick

1. Berniqab

Wanita yang ditangkap gambar ketika berada di belakang Opick di saat pelantun lagu Tombo Ati itu sedang berdoa di makam Wulan di TPU Semper, Jakarta Utara, Isnin (19/3).

Wanita itu mengenakan pakaian berwana hitam dan menutup wajahnya dengan niqab.

L

2. Dinikahi sebulan lalu

Opick berkemungkinan menikahinya sebulan yang lalu. Baik Dian, isteri pertama dan juga Wulan, isteri kedua Opick disebut mengetahui tentang hal ini.

3. Wakil rakyat

Isteri baru Opick ini bukan lagi seorang penyanyi.

Wanita itu dikhabarkan seorang ahli politik dan juga wakil rakyat, biar betul? Wallahu wallam…

4. Businesswoman

Ada pula sumber yang mengatkan bahawa selain selain sebagai ahli politik, wanita tersebut juga merupakan seorang perusahaan yang kaya raya.

5. Sahabat Opick tahu

Pernikahan Opick yang kali ketiga ini juga diketahui oleh sahabat-sahabatnya.

Opick sendiri bersahabat baik dengan Ustaz Solmed, Ustaz Derry Sulaiman maupun Ustaz Al Habsy.

“Wallahualam (ada isteri ketiga ataupun tidak), jika ada saya malah menyokongnya. Saya belum tahu (isteri ketiga Opick anggota DPR). Kalau belum ada (isteri ketiga), saya sendiri akan tolong carikan,” ujar Ustaz Al Habsy ditemui di acara pemakaman isteri kedua Opick.

Ustaz Al Habsy, memang menyokong jika Opick mahu memiliki isteri lebih dari satu.

Ia menilai landasan berpoligami tertulis jelas dan boleh dilakukan oleh umat Islam.

“Seorang muslim dan umatnya Nabi Muhammad itu boleh memiliki 4 orang isteri. Landasan ada di dalam Al-quran dan hadis, bahkan dilakukan Rasul. Kalau ada yang tidak suka dengan poligami, maka secara tidak langsung, tidak suka dengan ajaran Allah SWT,” jelas Al Habsy sahabat Opick. – SL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : TribunNews


Apa Kata Anda