“Oh Lepas Ni Target Pilot Lah, Businessman Lah, Anak Rajalah” – Uqasha Senrose Dedah Pasal Bakal Jodoh!

Ketika ditemu bual oleh Hlive! dan ditanya tentang jodoh, Uqasha Senrose memberitahu dia tidak kisah jika adiknya Raysha berkahwin lebih dulu dari dirinya. 

“Bagi saya kalau jodoh dah sampai tak kisahlah langkah bendul ke, tunggu ke, kalau benda tu dah sampai serunya teruskan.

“Saya tak memilih siapa pasangan saya. Kalau saya suka tu mesti ada sesuatu yang istimewa tentang dia,” kata Uqasha.

Menurut Uqasha, dia tidak ada ‘target’ tertentu tentang siapa pasangan yang dicari.

“Saya tak ada pun macam, oh lepas ni ni target dia pilot lah, businessman lah, anak rajalah, tidak sekali,” jelas Uqasha.

Katanya lagi buat masa sekarang dia selesa sendiri dan solo, serta dapat menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya.

“Bukan bermakna bila ada pasangan tak boleh tumpukan sepenuhnya, tapi bila kita sendiri dan keluarga kita ada bersama, jadi benda yang kita nak buat tu lagi baguslah.

“For now, Qasha fokus pada karier dan keluarga. Jodoh tu, kalau boleh tidaklah dalam masa terdekat,” jelas Uqasha lagi.

Mengimbas kembali hubungannya sebelum ini, Uqasha memberitahu dia beruntung mendapat seorang yang tidak mengongkong.

“Tapi macam sekarang ni tak perlulah nak report pada sesiapa jadi buatkan kerja lagi senang,” katanya.

Ditanya ciri-ciri pasangan hidup yang dicari, jawab Uqasha dia melihat kepada orang yang mampu menerima segala keburukan yang ada padanya. 

“Orang yang sentiasa tetap ada bersama walaupun dia tahu tentang kekurangan yang ada pada diri saya,” ujar Uqasha mengakhiri temu bualnya bersama Hlive.

VIDEO :

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber : Gempak

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*