Dramatis Nor Amisah Abdullah Meningg4l Dunia

Dramatis Nor Amisah Abdullah meninggal dunia pada pagi Ahad.

PETALING JAYA: Dramatis Nor Amisah Abdullah meningg4l dunia pada pagi Ahad pada usia 52 tahun.

Pelakon yang juga rakan baik Allahyarham, Numan Salleh ketika dihubungi memberitahu Nor Amisah meningg4l dunia pada pagi Ahad di rumahnya di Jalan Ipoh.

Kata Norman lagi, Nor Amisah yang lebih mesra dengan sapaan Kak Nurin meningg4l dunia disebabkan penyakit asma yang dihadapinya.

“Ada yang kata ibu kepada Nurin yang meningg4l tetapi tidak… Memang dia yang meningg4l dunia dan saya boleh sahkan perkara itu.

“Salah faham berlaku disebabkan anaknya yang menjawab mesej telefon arw4h dan timbul salah faham,” katanya.

Sementara itu, Norman berkata, jenazah Allahyarham kini berada di Surau Al-Islah Taman Batu Permai, Jalan Ipoh untuk solat jenaz4h sebelum dikebumikan selepas solat Zohor.

Nor Amisah memulakan karier sebagai pelakon tambahan dan sejak itu dia banyak membintangi drama dan filem tempatan.

Drama rantaian lakonannya, Cinta Tiada Ganti kini sedang ditayangkan di Astro Prima.

Dalam perkembangan sama, Persatuan Seniman Malaysia memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi tadi.

Menurut anaknya, Allahyarham tidak sedarkan diri awal pagi ini sebelum pihak perubatan yang tiba mengesahkan arw4h telah meningg4l dunia.

Allahyarham meninggalkan suami dan lima orang cahaya mata.

VIDEO :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : mStar

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*