[VIDEO] Tersembur Aku Gelak. Netizen Berdekah Ketawa Bila PU Azman Pun Terjebakk, Tapi Lain Pula Jadinya

Ada sahaja benda baharu yang boleh dijadikan bahan, ianya pasti menjadi ikutan netizen di media sosial.

Terbaharu, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai S Kanagarajah yang tular dengan aksi geram bertukar menjadi bahan jenaka selepas beberapa individu dilihat muncul menerusi video parodi masing-masing.

Menariknya video berkenaan bukan sahaja ditiru oleh selebriti dan masyarakat tempatan malah, masyarakat luar negara juga tidak ketinggalan melakukan parodi itu.

Terdahulu, penyampai radio ERA iaitu Jaa Suzuran dan pelawak, Tauke Jambu antara selebriti yang terkena ‘ ‘penyakit geram’ atau Deyyy Challenge itu.

Apa yang menarik, seorang juara Pencetus Ummah (PU)  musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman turut tidak ketinggalan mencuba aksi terbabit.

Namun bezanya, PU Azman hanya meniru 50% sahaja aksi tersebut dan beliau melakukannya dalam versi beliau sendiri iaitu versi dakwah, sesuai dengan status beliau sebagai pendakwah.

Mungkin ramai netizen yang akan terkejut jika melihat klip video ini dan beranggapan PU Azman akan cuba meniru bulat-bulat, dengan menjerit kemudian menjelirkan lidah. Bagaimanapun sangkaan anda meleset kerana PU Azman hanya sempat menjerit sahaja.

Selepas aksi ‘menjerit’ itu, PU Azman kemudian senyap seketika lalu berkata, ” Jangan marah…” dan disusuli dengan nasihat berserta hadis nabi di bawah

” pu_azman: Ada hadis Nabi tentang marah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

Dari Abu Hurairah bahawa sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah : “Ya Rasulullah, nasihatilah saya”. Nabi bersabda : “Jangan kamu marah”. Dia menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : “Jangan kamu marah”. (Riwayat Bukhari)

Tukang edit @ameershah48..”

Dalam pada itu, rata-rata netizen merasakan PU Azman tetap nampak kelakar pada mulanya biarpun tidak menjelir lidah.

” Saya ingat ustaz nk keluarkn lidah tadi hahaha..” komen seorang netizen bernama Siti Fatimah

Sementara itu, Kanagarajah yang tular dengan aksi geram dalam satu rakaman video susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tempoh hari menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan.

Aksi jelir lidah yang dibuat Kanagarajah itu bukan sekadar tersebar melalui media sosial, malah ada yang turut menjadikan pelbagai ‘meme’ melucukan oleh ramai pihak selain cabaran#Deychallenge dan #Theyychallenge.

Terdahulu, isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.

Seramai 30 individu ditahan polis berhubung kes tersebut.

Jom lihat video di bawah

Bila PU Azman Pun Cuba Buat DeyyyChallenge, Lawakk

Amboi PU Azman pun terjebak aksi DeyyChallenge ke hahaha

Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Friday, November 30, 2018

Jom baca apa komen netizen di bawah

natasyah98_ Tanjat mak oiii, Ustaz marah pun nampak segak..alhamdulillah gini haaa. nak marah ke tu? macam tahan gelak jek. hahahahaha..”

fitkbi hahaahahahah first 2 seconds sy terus gelak.. one of da best ustaz in Malaysia..”

” srz_arif1n Hahahahhaha sabor ustaz ..mende bole bincang..”

sfwn.shvh Patutlah muka ketat je dtg tmpt saya smlm. Tengah marah rupanya. Bukan ustaz x nak tunjuk lidah , tunjuk lidahkan x elok , nnti krna potong,,”

nea_alil Ustaz..sy jadi rajin scroll ig ustaz..nak dgr nasihat2 ustaz…sambil gelak tgk gelagat ustaz..”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

Sumber : IG PU Azman via Gnews

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*