Merdu Dan Menusuk Kalbu, Fathia Latiff ‘Balas’ lagu Di Matamu Dapat Pujian Netizen

Lagu terbaru Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu yang penuh dengan penghayatan dan mempunyai maksud yang mendalam telah mencetuskan fenomena apabila menjadi trending di laman sosial dan telah mendapat 6 juta tontonan dalam masa 7 hari.

Tidak dinafikan bahawa lagu itu juga telah mendapat ribuan cover dari masyarakat termasuk selebriti tempatan.

Terbaru, pelakon popular, Fathia Latiff telah ‘membalas’ lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Muzik video daripada Fathia juga telah dimuat naik di Youtube beberapa jam lepas.

Tambahnya, lagu tersebut adalah hasil ciptaan Fathia sendiri dan Hez Hazmi.

Rata-rata netizen telah ‘terpaku’ dengan keunikan suara Fathia yang ‘membalas’ lagu tersebut dengan penuh perasaan.

Sedapnya suara Fathia.

Fathia nyanyi dengan penuh penghayatan.

Fathia ‘membalas’ lagu Di Matamu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : BeritaSteady

 

Apa Kata Anda