Mengejutkan Amyra Dimasukkan Ke Hospital, Netizen Doakan Kesembuhan Amyra Rosli

Pelakon jelita, Amyra Rosli dimasukkan ke hospital hari ini.

Perkara itu didedahkan oleh Amyra menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Di entri tersebut, Amyra berkongsi foto dirinya memakai pakain yang disediakan pihak hospital di atas katil sebuah wad.

Namun begitu, Amyra tidak mendedahkan peny4kit yang dialami yang menyebabkan dia ditahan di wad hospital terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa gila pyjamas mcm myra?? 🙋🏻‍♀️ . Pergi serbu @thoobelas ! OMG semua cantik2 😍 Thanks #thoobelas 💋 . #AmyraRosli

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

“26 Februari 2019,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Amyra berasa terkejut melihat gambarnya di hospital itu dan mendoakan kesembuhan buatnya.

“Semoga cepat sembuh, harap Amyra baik-baik saja.

“Get well soon.

“Saya doakan Amyra cepat sembuh,” tulis netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

26 Feb 2019

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

Amyra mulai aktif di bidang lakonan pada sekitar tahun 2011 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.

Amyra Rosli dimasukkan ke hospital, Amar Baharin minta doakan

PELAKON popular Amyra Rosli dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court selepas mengadu sakit perut pada pagi Selasa.

Suaminya iaitu Amar Baharin, 34, berkata, Amyra berada dalam keadaan stabil namun masih dalam pemeriksaan pihak hospital.

“Pagi tadi saya bawa ke hospital selepas dia mengadu rasa tidak sedap perut.

“Sekarang masih menunggu keputusan pemeriksaan yang dijalankan pagi tadi. InsyaAllah doakan semuanya baik,” ujarnya kepada mStar Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau beranak 10 pun xnak doctor lain please.. 😊 . Our favourite gynaecologist @_s__e__r__i_ . #Amyramar #AqeefAnaqi

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

Amyra memuat naik foto dia kini menjalani rawatan di sebuah hospital sehingga mengundang pertanyaan peminatnya.

Rata-rata mendoakan wanita itu cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

Ditanya sama ada pelakon drama Nur itu hamil, Amar menafikan perkara berkenaan.

“Tidak, $akit perut yang dialami itu bukan sebab hamil. Kami masih menunggu keputusan daripada doktor,” ujarnya.

Amyra berkahwin dengan Amar pada November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

VIDEO :

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber : Gempak

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*