“Masa Ni Minat Tomok, Tu Yang Rambut ..” – Ini Pendedahan Alif Satar Pada Tomok

Selebriti serba boleh, Alif Satar mengakui pernah menjadikan penyanyi, Tomok sebagai idolanya ketika berusia 16 tahun.

Menerusi entri di Instagram (IG), Alif menjelaskan disebabkan terlalu meminati Tomok dia telah memilih untuk mengayakan rambut sama seperti penyanyi Sejarah Mungkin Berulang itu.

“Masa ni minat @tomokofficial tu yang rambut sepesen.

“Sejarah mungkin berulang #OnceIWas16YearsOld #MukaSepulohSen,” tulisnya.

Rata-rata mengakui terkejut dengan gambar yang dikongsikan oleh Alif dan kagum dengan bakat yang ada pada dirinya.

“@cekguct_zmsquad: Yang penting, now u’re one of the best performer in Malaysia. Keep it up bro.”

“@gusmallina: Aku tak tahu kenapa walaupun waktu ni muke alif macam ni waktu tu aku pun still rase dia charming gila, ingat lagi dia nyanyi lagu Adikku Pandai Menari dengan adik dia comell giler aku rasa. hahahhahaha.”

“@silverarmy:Aiii geramlah.. Muka macam mintak pelempang je @alifsatar.”

“@jamaliah1956: Alhamdulillah. Walaupun tak dapat jadi juara dalam OIAM, kini Alif berjaya and famous sebagai seorang artis yang multi talented serta disayangi ramai peminat. Sesungguhnya perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Insya’allah Alif, berkat doa Shadila (your wife), keredhaan ayah & mama serta peminat Alif, you can go far.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

masa ni minat @tomokofficial tu yang rambut sepesen… sejarah mungkin berulanggggggggg 😂 #OnceIWas16YearsOld #MukaSepulohSen

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on

Artikel Berkaitan: “Berkat Muka Selalu Keluar TV Time Solat Jumaat,” – Alif Star ‘Dipanggil Mengadap’, Masuk Bilik Imam

Jumaat lalu, penyanyi dan pelakon Alif Satar sekali lagi menjadi viral usai Solat Jumaat apabila wajahnya sekali lagi muncul di balik para jemaah yang hadir bagi menunaikan solat Jumaat.

Malah gelagatnya yang dirakam secara spontan ketika sedang mendengar khutbah menjadi buah mulut ramai selepas sepotong video tersebut dikongsikan Alif di Instagram.

Bagaimanapun, awal semalam penyanyi Sesungguhnya Aku itu ada memuat naik foto yang dirakam bersama imam dan penceramah terkenal.

“Nervous bila harini dipanggil masuk bilik imam masjid wilayah.. macam jumpa guru besar rasa dia.  ni dia orang-orang kuat dan berani jadi imam.. bukan kerja yang senang, much respect.

“Siapa yang selalu tengok ceramah agama kat youtube, 12hb ni kat masjid wilayah, ustaz famous dari Indonesia @ustadzabdulsomad akan bagi ceramah dari 9:30am-12.00pm kat Masjid wilayah.. mai ramai2 geng!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Lalu entri berkenaan mendapat sambutan di kalangan netizen yang rata-ratanya tidak sabar untuk mengikuti majlis ceramah yang bakal diadakan.

 

Malah, ada juga yang membayangkan hos Anugerah Juara Lagu ke-33 lalu itu ‘dipanggil mengadap’ kerana wajahnya sering dirakam ketika sesi khutbah Jumaat dibacakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

haaaaa😂 mum sent me this.. nampak macam nak ‘landing’ kan? takkk.. ni muka dok mendengar. salam jumaat gais!!! 🙏🏽

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber: Gempak Via MH

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*