‘Jangan Benci Cintaku’ – Kompilasi Video Episod Akhir

Drama yang kini hangat dan menjadi buah mulut netizen yang sakit hati dengan watak Husna dan Nek Pah, tak lain tak bukan drama bertajuk ‘Jangan Benci Cintaku’. Pasti ramai yang geram dengan watak Husna dan Nek Pah bukan? Mana taknya, jika watak ini membawa perwatakkan yang dikatakan terdapat diluar sana sebagai perampas suami orang.

SEPERTI perlakuan di hadapan mata sendiri, kebencian penonton terhadap dua watak dalam drama rantaian Jangan Benci Cintaku iaitu Husna dan Nek Pah seakan-akan tidak terbendung dalam media sosial.

Pelbagai kecaman dan kata-kata kejian dilemparkan ke atas dua watak yang didukung oleh Azizah Mahzan (Nek Pah) dan Niena Baharun (Husna). Semalam merupakan episod ‘finale’ bagi drama hangat ini. Di bawah, Min kompilkan serba sedikit sedutan episod akhir iaitu episod 28. 

VIDEO :

Hahaha lawak giler Syazwi takut tengok Fika belasah Shah

Tidak ketinggalan Saharul Ridzwan menerima tempias kemarahan menerusi wataknya sebagai Shah yang dituduh sebagai lelaki dayus dan lemah.

Ehhh Nek Pah semalam cakap lain harini cakap lain

Drama terbitan Suhan Movies berdasarkan novel tulisan Emy Roberto itu memperlihat betapa emosi peminat drama tempatan begitu mudah meletus terutama apabila melibatkan soal rumah tangga.

Nek Pah dah insaf sebenarnya cuma terkenangkan Husna yang Kian Mereng jadi terpaksa la tipu sunat. Haish tak baik tau yang sangka buruk dekat Nek Pah

Namun itulah sebenarnya yang mahu ditunjukkan oleh penerbitnya, Datuk Rosyam Nor yang memilih novel tersebut menerusi persepakatan sekumpulan kakitangan Suhan Movies kerana merasakan jalan ceritanya sangat dekat dengan masyarakat Malaysia.

Husna ni dah melampau sangat la! Dia ingat Fika apa? Mainan ke nak tendang macam tu

First time nampak Shah betul-betul sayangkan Fika! Like finally nampak ikhlas & luhur! Amboi kemain Faris jaga Husna daripada dibelasah oleh Shah & Damia. Ada makna rupanya! 

Nasib selamat Shah oi kalau tak menyesal seumur hidup!

Papa mama Rafeeqa Amanda

Kan Faris dah cakap dia kenal sangat si Husna macam mana jadi sebab dia kenal lah dia boleh cairkan hati Husna. Hahaha.. Macam pelik Faris dengan Husna but why not kan..

Happy family ???????? Harap Shah tak curang dah lepas ni. Bini lawa anak comel kalau buat hal jugak harus campak laut je bagi ikan makan hahaha..

Jadi, tamatlah sudah drama viral Jangan Benci Cintaku.. Nanti ada lagi kita jumpa lagi hehehe

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : LimauManis

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*