“Keadaan Semakin Baik & Sekarang Tengah Berpantang” – Sari Yanti

Pelakon Sari Yanti mengakui bersyukur apabila ramai orang memberikan kata-kata semangat kepada dirinya selepas menjalani pemb3dahan Isnin lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sari berkongsi keadaan terkini kepada pengikutnya yang risau dengan kesihatan dirinya.

“Assalamualaikum dan selamat pagi. Kakak nak ucap kan terima kasih atas kiriman doa doa yang baik dan kata kata semangat buat kakak dan keluarga.

“Kakak doakan kebaikan untuk semua juga. Amin Ya Allah.

“Keadaan kakak semakin baik dan sekarang tengah berpantang. Lain-lain semua ok kecuali Dariya tak mau minum dari botol balik,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar Sari mendapat rehat yang cukup dan mendoakan kesihatannya.

Sari telah menjalani pemb3dahan Isnin lalu selepas anak kedua yang berada dalam kandungan tidak bergerak lagi.

Baca juga :

“Dah Nak Masuk 3 Bulan, Sekali Masa Check Up Hari Tu Doktor Bagitau Adik Eya Tak Bergerak Lagi” – Jep Sepahtu

Penyampai radio dan pelawak Jep Sepahtu memaklumkan isterinya, Sari Yanti akan menjalani pembedahan hari ini selepas anak kedua yang berada dalam kandungan tidak bergerak lagi.

Menerusi entri di Instagram, Jep berkongsi kisah sedih itu kepada pengikutnya dan berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya.

“Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik.

“Adik Eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik Eya tak bergerak lagi dah.

“Doakan mama Eya selamat operation harini ya. @sariyanti @dariyainaraofficial,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar segalanya akan dipermudahkan dan mendoakan kesihatan Sari Yanti yang akan menjalani pembedahan hari ini.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak bernama Dariya Inara.635

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber: Ig sariyanti via Gempak

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*