[VIDEO] Asyik Pick Up Awek Je, Jom Layan Pick Up Line Kak Ton Dengan Anaknya.

0
42

Tampil dengan imej botak, pemenang tempat ketiga program realiti Pencarian Hero Remja 2017, Harris Annuar, 25, mahu terus mengekalkan penampilannya itu demi meneroka bidang lakonan yang diminati sekian lama.

Pada masa yang sama, Harris yang juga anak kepada pengasas produk kosmetik Beauty Umaira, Zaiton Hassan itu berpendapat, dia selesa berpenampilan sedemikian rupa selain tidak terbeban dengan kos penjagaan rambut.

“Sebelum ini, saya aktif di pentas peragaan sebagai model. Disebabkan terlalu kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi pelbagai bahan kimia, saya berhadapan dengan masalah keguguran.

Image result for kak ton dan lima anak

“Ditambah pula, saya jenis yang ambil mudah bab penjagaan rambut. Ada waktunya, saya culas dan malas cuci rambut betul-betul. Jadi, inilah kesannya,” katanya berterus terang.

Mengulas tentang pembabitannya dalam bidang lakonan, Harris harap imej botak yang dibawanya dapat memberi kepelbagaian karakter terhadap hero sedia ada.

Menurutnya yang juga seorang atlet itu, jarang ditampilkan pelakon berkepala botak sebagai peneraju utama dan dia bersedia memikul peranan tersebut jika diberi peluang.

“Insya-Allah, andai peluang diberikan, akan digalas sebaik mungkin. Mana tahu imej botak ini dapat mendatangkan tuah kepada saya kelak,” tuturnya sambil meletak harapan menggunung.

Manjanya Harris Annuar dengan ibunya, Kak Ton.. Siap buat pickup line lagi

VIDEO : 

Pick up line Kak Ton

Asyik Pick up line Awek je, Jom layan Pick Up Line Kak Ton dengan anaknya.

Posted by Semua Video Non Stop on Wednesday, 15 August 2018

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : BeritaSteady

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here