“Barai Wei Barai, Dari Mula Sampai Habis Kelakar!” – Netizen Pecah Perut Tonton Jihan Muse Tiru Aksi Tok Ti

(Sila skrol ke bawah untuk menonton video)

Jika anda masih ingat aru-baru ini tarian lagu ‘Syantik’ jadi viral di Malaysia dimana ramai orang cuba melakukan tarian tersebut.

Apa taknya, tariannya yang mudah serta lagu yang ‘catchy’ membuatkan kita pun rasa nak menari sekali kan?

Namun, yang pasti bahawa tiada siapa yang dapat melawan ‘ratu parodi Malaysia’, Jihan Muse apabila dia memuat naik video melakukan tarian tersebut di program ‘Meletop’ semalam.

Terkini, dengan segmen Parodi MeleTOP, aksi terbaru pelawak dan pengacara Jihan Muse meniru gaya serta suara penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuit hati peminat.

Menerusi parodi terbabit, pengacara program Gegar Vaganza itu meniru aksi Siti dalam muzik video single terbarunya, Anta Permana.

Dimuat naik di saluran YouTube MeleTOP dua hari lalu, video tersebut sudah meraih lebih 122,000 tontonan serta mendapat respon positif netizen.

Rata-rata peminat terhibur sehingga pecah perut apabila melihat Jihan meniru gaya Siti.

Bukan sahaja aksi dalam muzik video Anta Permana, Jihan juga meniru suara pertuturan Siti.

Malah, ada netizen yang menggunakan nama Mohd Syukri mengakui dia telah menonton video parodi tersebut sebanyak lima kali tanpa bosan.

Dalam perkembangan lain, program yang diacarakan oleh Jihan, Bintang Minggu Ini sedang hangat bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November lalu.

Jom baca apa komen netizen di bawah

ainaayamen& i masih gelak even dah kali keberapa tengok ni aduh hahahaha Sakit perot wei..”

lensadaia Finallyyyyyyy!!!! Ya Allahhhh punya la lama menantiiii mencuit hati tahap jahanamm.memang gelak tahap biadap.best tahap nak mamposs..”

nikedlin Hahahaha teruk nau sesak nafas dlm selimut. Comey sgt…mmg terbaik..”

syakikilalala9716 Jihan ni kalau bab membahan org memang power hahaha . Parodi meletop tak pernah mengecewakan selagi ade Jihan  . Yg tak tahan jiwa dan raga memang dh lama koyak agak nye hahaha..”

malizaosmann_chocofit hahahaha.. Jihan xpernah mengecewakan Kelakar la kak jihan oi..”

Jom lihat video di bawah :

Jom tonton parodi ‘Syantik’ oleh Jihan Muse

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji ‘tarian kwangsoo’ di penghujung video tersebut oleh Atu Zero. Sekali tengok memang ‘sebijik’ juga.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : NewsCoViral

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*