Gelagat Kanak-Kanak Lelaki Minum Air Paip Boleh Buat Anda Geli Hati!

0
29

Cara terbaik untuk menghiburkan diri kita adalah dengan menonton video lucu keletah kanak-kanak. Perangai lucu kanak-kanak tidak pernah buat kita kering gusi. Keletah comel dan lucu sememangnya sinonim dengan kanak-kanak. Melihat keletah mencuit hati mereka pasti akan membuat hati kita terhibur. Namun, di sebalik keletah mereka yang comel dan lucu, mereka bakal menggalas tanggungjawab yang besar di masa hadapan. Kanak-kanak ini bakal menjadi pemerintah negara mereka satu hari nanti.

Seperti video ini, yang menunjukkan seorang budak lelaki yang comel cuba untuk meminum air daripada paip pancuran minuman tetapi tidak benar-benar tahu bagaimana caranya!

Budak lelaki yang comel ini berdiri di paip pancuran minuman di taman dan cuba untuk minum, tetapi setiap kali dia membuka mulut, air tersebut berhenti mengalir.

Dia mencuba beberapa kali namun gagal.

Nampaknya, percubaannya untuk minum seperti gaya orang dewasa tidak berjaya. Dengan hanya melihat riak wajahnya pasti akan membuat anda geli hati.

VIDEO:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber : EraBaru

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here