[FOTO] Kecantikan Fathia Latiff Saat Remaja Menjadi Rebutan Pengarah Malaysia

Nur Fathia Binti Abdul Latiff (lahir 1 September 1987) atau lebih dikenali sebagai Fathia Latiff (kadangkala dikreditkan sebagai Nur Fathia atau Fathia) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Ummu Hani di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai Nabila di dalam drama Nur Kasih dan sebagai Dewi Yusra di dalam drama Dia… Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo. Dan yang paling terkini dalam drama Menanti Februari bersama dengan Zul Ariffin.

Nur Fathia dilahirkan pada hari Selasa, 1 September 1987 Masihi bersamaan 7 Muharram 1408 Hijrah di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff bin Tahir dan Badriyah binte Hassan. Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Fathia mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2009 apabila beliau memegang peranan watak pembantu dalam siri drama Nur Kasih bersama-sama dengan pelakon utamanya, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Nabila.

Pada 2011, beliau berlakon dalam filem seram Al-Hijab arahan Pierre Andre dan diterbitkan oleh Empat Samudera Plantation Sdn Bhd, beliau memegang watak sebagai Qiss, kekasih Rafael (Pierre Andre). Filem ini ditayangkan pada 6 Oktober 2011. Beliau turut berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah kontroversi, Namewee.

Dalam filem ini, beliau memegang watak pembantu sebagai isteri kedua kepada seorang nelayan yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki dan ditayangkan di pawagam pada 8 September 2011.

Selain itu, beliau memegang watak negatif dalam Bertaut Kasih, beliau sekali lagi bergandingan dengan Ryzal Jaafar dan Fyda Ibrahim (sepupu kepada penyanyi No.1 negara, Siti Nurhaliza).

Antara 2009 hingga 2013, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem seperti Bila Musang Berjanggut, Ms. Cinta, Cinta Halal dan Diandra.

Pada 2014, beliau memegang watak utama dalam siri drama Ariana Rose, drama yang diadaptasi daripada novel bertajuk The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

Pada 2015, filem lakonannya, Darah Panas ditayangkan di pawagam pada Jun 2015 dan diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn. Bhd., beliau memegang watak sebagai Syahana.

Minggu lepas memang agak kecoh di media sosial tentang tersebarnya sebuah video menunjukkan seorang wanita berambut pendek mirip pelakon Fathia Latiff tersebar.

Susulan penularan gambar tersebut, rata-rata peminatnya kecewa dan tertanya-tanya kenapa Fathia Latiff jadi seperti itu.

Dalam perkembangan terbaru, baru-baru ini menerusi satu temu bual khas bersama Kosmo!, Fathia mendedahkan tentang penyakit yang dihidapinya.

Katanya, memang ada doktor yang telah menyarankannya merujuk dengan pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan berkaitan tahap mentalnya.

Namun, Fathia Latiff menegaskan dia lebih tahu tahap kesihatannya dan tidak memerlukan sebarang r4watan dari pakar psikiatri.

Ini komen Fathia Latiff:

“Saya pernah dinasihatkan dan diarahkan doktor untuk mendapatkan r4w4tan berkenaan dengan gejala g4nggu4n bipolar yang mungkin dialami.

“Saya tidak memerlukan itu semua dan memutuskan secara muktamad untuk tidak akan melakukannya. Lagipun saya tahu tahap kesihatan diri sendiri selain masih mampu menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan sebarang r4w4tan.

“Justeru, sebelum ini, doktor ada sarankan saya untuk melakukan r4w4tan lanjut dan merujuk dengan pakar psikiatri, namun saya menolak untuk tidak berbuat demikian kerana tahu tahap kesihatan serta mentaliti diri sendiri,”

“Memang saya akui banyak kesilapan yang dilakukan tatkala umur sedang meningkat naik. Saya tahu bukan senang untuk mengembalikan semula kepercayaan orang lain selain mengubah pandangan berbaur negtif mereka,”

“Buat masa ini, apa yang saya mampu dan boleh lakukan adalah dengan hanya meminta maaf. Walaupun ia kerap kali diungkapkan, namun percayalah yang saya jujur dan rendah hati memohon kemaafan itu. Saya tekad untuk menjadi insan yang lebih baik dan diterima semua pihak.

Sambungnya lagi;

“Namun jika ada yang masih mempertikaikan permohonan maaf dan kerap mengungkit kisah silam serta d0sa lampau, saya tidak boleh buat apa-apa apatah lagi menghalang hak mereka (netizen) untuk berbuat demikian,”

Apa pun diharap Fathia Latiff akan terbuka hati untuk membuat pemer1ksaan dan rw4tan kerana masih ramai para peminat diluar sana yang masih menyayanginya dan sentiasa memberikan sokongan agar dia dapat berubah.

Sebelum ini, Haji Zil, produser drama telah membuat kenyataan dan berharap keluarga Fathia Latiff tampil memberi bantuan kepada pelakon berkenaan melihat sikap Fathia itu.

Apapun, sebagai peminat kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Fathia.

Esklusif wajah mulus Fathia tanpa sebarang alat solek:

 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber : MyArtis &  Kosmo Online! via NaluriKini

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*