Sebab Drama Nur, Telekung Dijual Amyza Aznan ‘Sold Out’!

Tidak dapat dinafikan lagi apabila drama Nur karya pengarah popular Shahrulezad Mohameddin mencetuskan fenomena luar jangkaan dalam kalangan peminat drama tempatan.

Namun gara-gara drama 19 episod itu, telekung jenama Kaaia yang dijual oleh pelakon Amyza Aznan mendapat sambutan luar biasa sampai tak menang tangan dibuatnya!

Menurut laporan mStar Online, pelakon drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin itu telah mendapat lebih 100 tempahan selepas telekung berkenaan kelihatan dalam beberapa babak drama yang disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3 itu.

Have have takkkkk?

A post shared by KAAiA (@kaaia_by_amyzaaznan) on

Ini kerana watak utama yang dilakonkan oleh Amyra Rusli dan Noor Khairiah dengan memakai telekung tersebut telah menarik perhatian penonton dan pelanggan untuk membelinya.

Meluahkan rasa syukur kerana rezeki bulan Ramadan, dia tidak menyangka akan laris seperti ‘goreng pisang’ serta tidak melakukan persiapan bagi menerima tempahan dengan kuantiti yang banyak.

Tambah Amyza, dia bersyukur dan berterima kasih kepada pengarah yang memberi peluang untuk produk telekung Kaaia miliknya digunakan dalam beberapa babak drama tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : mStar Online , KAAIA via OhMyMedia

Apa Kata Anda