Doakan Kesihatan Azharina, “Belum Dapat Keputusan Doktor” – Demam & Muntah-Muntah Azharina Masuk Wad

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Azharina Azhar, 35, dimasukkan ke hospital, pagi semalam selepas mengalami muntah dan dem4m berpanjangan.

Kakak angkat kepada penyanyi lagu, Elegi Sepi itu, Nuraisyah Tan berkata, Azharina dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Puchong, dekat sini, kira-kira 10 pagi semalam selepas mengadu kejang urat.

“Sudah tiga hari dia dem4m dan muntah-muntah. Melihat keadaannya itu, saya segera menghubungi doktor, seterusnya membawa Azharina ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Dia dibenarkan pulang, namun masih muntah-muntah dan tidak berselera makan hingga mukanya pucat.

“Tidak sedap hati, saya bawa dia semula hospital, seterusnya ditahan di wad. Keadaannya ketika ini, masih lemah,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sudah beberapa hari Nina di hospital. Terima kasih King Rahmat datang visit Mummy. Doakan agar Nina kembali sihat seperti sediakala ya. Sakit itu penghapus dosa Insyaallah 🌷 Terima kasih @AisyahTan39 bantu menjaga Nina dan thanks @JojieAminuddin @Syahrizal.Ismail @BobRukhaini datang melawat Nina 💞 . Tiket untuk Concert Azharina : Queen of Soul pada 29 June 2019 (Sabtu) di Teater Shah Alam boleh didapati di www.atlasoneevents.com atau Whatsapp 010 7616 844

A post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on

Masih belum mengetahui punca sebenar peny4kit yang dialami penyanyi itu, Nuraisyah berkata, doktor pada mulanya mengesyaki Azharina menghidap denggi.

“Petang ini, doktor akan datang untuk ambil dar4h dan mengesan punca sebenar dia s4kit. Sangkakan dia ker4cunan makanan apabila kerap muntah, tetapi doktor pula mengesyaki Azharina menghidap denggi.

“Saya harap semua peminat dapat mendoakan kesihatan Azharina,” katanya.

Azharina beberapa jam lalu sempat berkongsi di laman sosial, Facebook mengenai keadaan kesihatannya.

“Alhamdulillah, saya sudah boleh duduk dan bercakap walaupun perlahan. Harap semua dapat memaafkan saya kerana sebagai insan biasa, ada masanya saya s4kit. Doakan saya sembuh,” katanya.

VIDEO :

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

Sumber : BH

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*