‘Biar Mereka Rasai Zaman Kanak Kanak’

PELAKON Datin Diana Danielle tidak terlalu menggalakkan kedua-dua anaknya, Muhammad dan Aurora masuk dalam industri kerana mahu mereka melalui zaman kanak-kanak seperti orang lain.

“Kalau boleh, saya nak anak-anak saya melalui zaman kanak-kanak mereka seperti orang lain. Sedih kalau kita ‘ragut’ peluang itu daripada mereka.

“Saya sendiri tidak terlalu menggalakkan mereka masuk industri. Sebelum ini, Muhammad pernah berlakon iklan tetapi itu tidak memakan masa terlalu lama,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Diana, 27, dia akan melihat kepada durasi masa yang diambil dan lebih memberi keutamaan kepada persekolahan.

“Selagi saya boleh kawal, saya akan kawal. Kalau tawaran untuk berlakon iklan tidak memerlukan masa lama dan tak mengganggu persekolahan, saya akan pertimbangkan,” katanya.

Menurutnya, dia sedih apabila melihat anak sulungnya kepenatan beraksi di depan kamera.

“Apa saya nampak, Muhammad lebih seronok berada di belakang tabir berbanding di depan kamera. Memang saya nampak dia penat apabila bekerja,” katanya.

Tindakannya itu supaya anaknya tidak terlalu terbawa-bawa dengan lampu sorot populariti sebaliknya memahami kehidupan sebenar.

“Pernah satu ketika, Muhammad bertemu dengan orang yang tidak mengenalinya dan bertanya namanya.

“Dia kemudian bertanya kepada saya, kenapa orang itu tidak mengenalinya kerana sebelum ini ke mana saja dia pergi, mesti orang akan tahu namanya.

“Saya jelaskan kepadanya bahawa tidak semua orang kenal siapa kita dan kerana itu, saya tak mahu dia salah faham mengenai industri atau terbawa-bawa sebagai ‘public figure’,” katanya.

A little snowy throwback

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Muhammad kini berusia lima tahun adalah anak sulung hasil perkahwinan Diana dengan suami, Datuk Farid Kamil. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata kedua, Aurora yang kini berusia dua tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!- SL

 

Sumber : ArenaStar

Apa Kata Anda