“Cantiknya Pakai Tudung…MasyaAllah,” – Bertudung Di Hari Raya, Netizen Doa Fazura Kekal Istiqamah

Memuat naik foto sama bersempena hari raya pertama, rata-rata peminat cukup teruja dengan entri yang dimuat naik Fattah Amin dan isterinya, Fazura menerusi platform perkongsian foto popular, Instagram.

Malah kebanyakan mereka tidak sabar untuk menunggu foto raya pertama pasangan yang sinonim dengan jenama ‘Fattzura’ ini.

Bagaimanapun, dalam ramai yang teruja melihat gambar raya mereka, tidak kurang peminat yang mendoakan agar Fazura kekal tampil dengan imej bertudung. Kata mereka, pelakon J Revolusi itu tampak lebih cantik dan nampak ‘mahal’.

Terdahulu, Fazura sebelum ini turut difahamkan, dia mengenakan tudung sepanjang Ramadan sebagai menghormati bulan penuh kemuliaan itu. Apa pun, Faz memang nampak ayu kan? Lots of love!

Foto: Instagram Fazura

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Media Hiburan

Apa Kata Anda