“Adoi Geram Mulut Dia, Seksi Sangat!” – Baru Sebulan Dah Tahu ‘Posing’, Baby Ney Ney Dipuji Netizen

Setelah sebulan selamat dilahirkan ke dunia, bayi kepada pelakon Nora Danish semakin mendapat perhatian daripada netizen kerana kecomelan dan kepandaian anak lelaki yang diberi nama Mohamed Neqayl Nedim apabila ‘posing’ di hadapan kamera.

Apa yang menarik, Nora dan suaminya tidak mengambil masa yang lama untuk berkongsi gambar cahaya matanya bersama peminat dan para pengikutnya di laman media sosial.

Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram milik Nora dan suaminya Nedim Nazri Aziz, ternyata ramai yang mengagumi kecomelan anak pasangan tersebut yang kelihatan ‘gebu’ dan ‘montel’ walaupun baru berusia satu bulan.

Comelnya pipi dia!

Suka ‘pose’ macam Nora!

Geram dengan mulut tu!

Pelakon jelita itu melahirkan cahaya mata seberat 2.98 kilogram melalui pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court pada 22 Februari yang lalu.

Semoga NeyNey terus membesar dengan sihat dan comel disamping ibu-bapanya yang tersayang! – SL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : KisahHati


Apa Kata Anda