[VIDEO] Mahu Ke Peringkat Lebih Serius, Awek Cendol Berjumpa Ibu Teman Lelakinya

Mereka pernah dikecam dan dikritik hebat oleh netizen yang menganggap bahawa mereka ini hanya ingin meraih populariti semata-mata. Mereka yang dimaksudkan itu adalah pasangan Anizah Tahang dan Muhd Aiman Amar yang menjadi viral  di media sosial gara-gara video sebuah video seorang gadis manja yang mahukan semangkuk cendol.

Anizah Tahang atau lebih dikenali sebagai Nija sudah menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya itu selama 11 bulan. Kini, mereka melangkah ke peringkat yang lebih serius untuk mendirikan rumahtangga.

Terbaru, Aiman telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya apabila Nija datang ke rumah dan bertemu ibu Aiman.

VIDEO :

Menerusi video yang telah mendapat hampir 300,000 tontonan itu dengan kapsyen “Terserlah awak punya gugup tu sayang.. sabar sayang, InsyaAllah you’re going to be the halal one for me soon, and forever. Im 100% ready for you.”

Video tersebut melihatkan Nija yang berpakaian sopan (berbaju kurung, memakai selendang) telah bertemu dengan ibu Aiman. Nija yang kelihatan tersipu malu dan nampak sedikit gementar itu sedang berbual-bual dengan ibu Aiman.

Video yang telah mendapat hampir 17,000 likes dan ratusan komen itu telah mendapat komen yang respon dari netizen. Dihujani komen tahniah dan semoga hubungan mereka kekal hingga akhir hayat.

Tahniah Aiman dan Nija.

Semoga kekal hingga ke Jannah.

Muka Nija nampak cuak.

Hi my future!

Tidak ketinggalan, Nija juga telah berkongsi gamabar di akaun Instagramnya dengan kapsyen “Hi my future, Inshaallah! Semoga dipermudahkan segala urusan.”

Berlakon drama.

Dalam perkembangan lain, Nija kini sedang sibuk menjalankan pengambaran untuk sebuah drama Lelaki Tak Pernah Puas yang akan disiarkan pada Aidilfitri kelak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : OhMyMedia

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda