“Aku stranger dalam umah..Frame besar gambar family aku tak ada” – Thread Gadis ‘Disisih’ Keluarga Ini Undang Sebak

Sekuat masa seseorang itu sekalipun, bila dalam hal keluarga pasti akan jadi lembut hati. Siapalah yang tak sedih apabila orang yang sepatutnya menjadi tulang belakang sisihkan kita.

Rasa sedih bila baca dugaan yang menimpa pada gadis 20 tahun ini, dibuang keluarga kerana dib*nci oleh kakak sulungnya.

Sering mengalah sejak dari kecil dan dianggap seperti orang luar, sebak bila baca kisah sayu Nabillah ini.

Dibenci oleh kakak sulung.

Menurutnya segala apa yang dilakukan pasti tidak disenangi oleh kakak sulung. Perkara itu dilakukan sejak dari lahir lagi.

Malah ibu bapanya terlalu melebih-lebihkan kakak berbanding dengan dirinya.

Malah kini dia sudah menjangkau 20 tahun, layanan tetap sama. Bahkan kebencian kakaknya itu makin membuak-buak sampai kakaknya tak nak mengaku Nabillah sebagai adiknya hanya kerana mempunyai kawan lelaki.

Bukan itu sahaja, dia kini telah dipinggir oleh keluarga, sehinggakan ibu bapa enggan bercakap dengannya. Haihh, umur dah 20 tahun sah-sah dah boleh fikir dan ada perasaan, sedihnya kalau family sendiri buat macam ni.

“Aku keluar dengan kawan lelaki tu, dihebahkan dekat group family kata aku ‘buat benda tak baik’..Dia isytiharkan dia tak ada adik perempuan”

 

Lebih sebak lagi, dia kini tersisih di rumah sendiri, rasakan diri macam orang luar sampai ke tahap gambar-gambar dalam bingkai besar keluarga tak ada gambarnya.

Sampai nak sambung belajar pun tak nak tanggung

‘Satu gambar frame besar, gambar family, bila aku tilik satu-satu, gambar aku tak ada, gambar kahwin, tunang..Aku? Tersisih…Niat nak sambung belajar respon yang aku dapat hanyalah..”

Sudah semestinya thread ini mengundang rasa sebak netizen, ramai yang menzahirkan rasa simpati dengan nasibnya bahkan ada sahaja yangalami situasi yang sama.

Bagaimanapun masih ada yang memeprtikaikan kesahihan cerita ini namun menurut Nabillah dia tak kisah untuk kemukakan bukti bahawa kisahnya ini benar. 

 

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemonPress

 

 Sumber :Lobak Merah

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*