“Saya Ambil Baby Lagi..” – Perkongsian Abby Abadi Mengambil Anak Angkat

Pemilik nama sebenar Arbaiyah binti Abdul Manan atau Abby Abadi (40 tahun) dilahirkan pada 1 Disember 1977 di Kuala Lumpur. Beliau mula bergiat aktif dalam industri hiburan pada tahun 1995. Beliau adalah ahli kumpulan Elite yang pernah popular dalam industri nyanyian suatu ketika dahulu. Beliau juga menjadi anggota asal Elite yang pertama keluar daripada kumpulan itu pada penghujung tahun 1997.

Abby juga pernah bergiat dalam bidang lakonan, antara yang memberi kesan ialah watak Inspektor Aleza menerusi drama bersiri Gerak Khas di RTM (TV2). Malah, beliau juga dikenali menerusi bidang pengacaraan, iaitu Roda Impian bergandingan dengan Halim Othman selama dua musim.

Abby Abadi juga pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim pada tahun 2002. Mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Namun, mereka akhirnya berpisah pada tahun 2009. Hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka itu diberikan kepada beliau.

Selain itu, Abby juga pernah berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan pada tahun 2013, namun dibatalkan. Pada tahun 2015, dia berkahwin pula dengan Muhammad Faizal Zakari dan kekal sehingga kini.

Terbaru, Abby Abadi berkongsi entri nya dengan kapsyen :

” Tengah malam semalam (3/12/18), sy ambil baby lagi. Hari ni @daiyandayana  main dengan Baby hehe..  “

” Sy tipuuuu, Bukan Baby Sy la, Sy bantu uruskan je. Ibu Ayahnya bermasalah , Jadi mereka minta bantuan Sy.. “

” Seribu satu mcm masalah, Yg tak terjangka dek akal, Nak kongsi ceritapun tak buleh, Jadi itulah dia.. “

” Yg buleh Sy ulang sebut kat sini, Yg tak nak baby dalam perut dia, Yg dah terlebih anak, Yg mengandung tp bermasalah, Yg tak sengaja termengandung dan tidak berkemampuan.. “

” Yg nak dibantu juga, Tapi segan nak cari badan2 berdaftar, Carilah Abby Abadi & suaminya @jaiezzanyye, Kami akan usahakan sedaya  dan semampu Kami. InshaALLAH.. “

” DM utk urusan ini ye, Terima Kasih. . ” 

” PS : Baby ni dah ada ibu angkatnya ye. Sy tunggu esok ibu angkatnya sampai.. “

Jom lihat juga apa kata netizen dalam ruangan komen :

”Ya Allah mulianya hati kak abby dgn suami. Semoga Allah sentiasa merahmati setiap usaha akk.. “

” Mulianya hati kak abby dan suami…. harap2 dengan adanya kak abby… baby xdibuang sesukahati lagi… terima kasih kak abby dan suami semoga allah balas segala2nya… “

” Semoga Allah permudahkan semua urusan @abby_abadi112,semoga Allah murahkan rezekimu,dn sentiasa dlm peliharaan Allah, Aamiin.. “

” Moga membesar dgn sihat anak … Jadi khalifah besar nt.. “

” Alahai comeynyee.. semoga die mndpt keluarga yg baik utk mjaganye.. tq kak @abby_abadi112 semoga Allah membalas jasa akak fmly.. “

” Moga Allah permudahkan urusan abby sekeluarga hingga jannah..sbb mudahkan urusan org lain yg dlm kesusahkan.. Alhamdulilah…. “

Semoga rezeki Abby Abadi bertambah tambah dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : RimbaBara

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda